Search This Blog

Monday, November 16, 2015

Rahsia pengemis 'kudung' terbongkar

Jakarta: Seorang pemuda yang berpura-pura kudung sebelah kaki ditahan pegawai jabatan kebajikan masyarakat bandar raya ini atas tuduhan menipu orang ramai selepas ditangkap mengemis.
Ketua jabatan berkenaan Chaidir memberitahu wartawan, lelaki itu Aris Setianto, 27, ditangkap ketika mengemis di jalan raya di Jakarta Pusat.
Menurutnya, ketika hendak ditahan, Aris yang disangka benar-benar kudung, berlari menggunakan kedua-dua kakinya.
“Kami akhirnya berjaya menahannya,” kata Chaidir.
Lelaki itu, dalam keterangannya kepada pegawai mengaku, hasil yang diperolehnya menerusi mengemis lumayan.
“Dengan berpura-pura kudung dan mengemis, dia berupaya memperoleh sehingga Rp200,000 (RM65) sehari. Pendapatannya sebulan boleh mencecah sehingga Rp5 juta (RM1,650),” kata Chaidir.
Aris juga memberitahu pegawai, dia menjalankan kegiatan itu sejak 2008 lagi dan tidak berasa malu memandangkan pendapatannya memang lumayan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2015 @ 7:15 AM


TIGA gambar menunjukkan pengemis itu kudung kaki kiri (kanan), kaki yang disembunyikan di dalam seluar (tengah) dan pengemis itu dengan kedua-dua kakinya. - Sindonews.com
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93361#sthash.Q51FpNTg.dpuf

No comments:

Post a Comment