Search This Blog

Sunday, November 1, 2015

Pandu laju punca kemalangan



MUSTAFFA BAKRI menggunakan kamera pengesan had laju bagi mengesan pemandu yang melanggar had laju.


KEMAMAN – Sikap segelintir pemandu yang gemar memandu laju dipercayai antara punca beberapa kes kemalangan maut yang berlaku di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2).
Ini terbukti apabila Ops Had Laju LPT2 yang dijalankan polis semalam apabila merekodkan kesalahan pemandu yang memandu sehingga pada kelajuan 168 kilometer sejam (km/jam).
Had kelajuan yang ditetapkan di LPT2 adalah 110km/jam.
Sepanjang operasi yang bermula pukul 9 pagi semalam, sebanyak 203 saman dikeluarkan kepada pemandu kerana kesalahan memandu laju.
Pegawai Penguat kuasa dan Operasi Lebuh Raya, Deputi Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, sebanyak 400 buah kenderaan termasuk motosikal diperiksa dalam operasi itu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3qCBqiGw3 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment