Search This Blog

Thursday, November 12, 2015

Padah bogel ketika Skype


SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
Padah bogel ketika Skype

12 NOVEMBER 2015
Padah bogel ketika Skype Ng (tengah) dan Jimmy (kanan) mengadakan sidang media di Wisma MCA Perak semalam.

IPOH – Gara-gara berbual tanpa seurat benang bersama seorang wanita menerusi aplikasi Skype, seorang pemuda terpaksa menanggung malu apabila videonya disiarkan dalam YouTube dan dimuat naik dalam akaun Facebook milknya sendiri.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ng, 28, berkata, dia juga kini tertekan apabila diugut wanita terbabit.

Ng berkata, pada 9 November lalu dia berbual menerusi Skype bersama seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Mayumi Chua.

Dakwanya, wanita terbabit bukan sahaja menggodanya, malah turut berbogel.

“Dia minta ID Skype saya untuk lihat wajah saya. Dia juga buka baju satu persatu dan selepas itu saya tak sedar apa yang berlaku dan terus tertidur," katanya kepada pemberita ketika sidang media di Wisma MCA Perak, di sini semalam.

Ng berkata, keesokan harinya, Mayumi menghantar mesej kepadanya menerusi Facebook yang mengandungi klip videonya berbogel.

Katanya, wanita itu turut meminta wang sebanyak RM4,000 jika dia tidak mahu klip video tersebut tersebar.

“Saya minta tempoh kerana saya tiada wang sebanyak itu. Dia beri tempoh 30 minit sahaja dan minta RM1,000.

“Tetapi saya dapat tahu video tersebut sudah disebarkan di YouTube dan Facebook saya," katanya.

Menurutnya, bimbang perkara tidak diingini berlaku kepadanya, dia segera membuat laporan polis

Sementara itu, Ketua Biro Pusat Khidmat dan Aduan MCA Perak, Jimmy Loh berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) wajar menyekat penggunaan webcam kerana boleh disalah guna.

No comments:

Post a Comment