Search This Blog

Thursday, November 12, 2015

Israel dalang bunuh Yasser – Jawatankuasa siasatan Palestin




DUa wanita berarak di bandar Ramallah, Tebing Barat sambil memegang potret Yasser sempena ulang tahun ke-11 kematiannya kelmarin.


RAMALLAH, Wilayah Palestin – Ketua pasukan Palestin yang menyiasat kematian Yasser Arafat kelmarin sekali lagi menuduh Israel membunuh pemimpin Palestin itu di sebuah hospital di Paris.
Tuduhan itu dibuat pada ulang tahun ke-11 kematian Yasser dan dua bulan selepas panel hakim Perancis menutup siasatan berhubung dakwaan beliau dibunuh tanpa membuat sebarang pendakwaan.
“Jawatankuasa Ikuiri telah dapat mengenal pasti pembunuh bekas presiden Yasser Arafat.
“Israel bertanggunjawab membunuhnya,” kata ketua jawatankuasa berkenaan yang ditubuhkan pada 2009, Tawfiq Tirawi tanpa mengulas lanjut.
Yasser meninggal dunia di Hospital Tentera Percy dekat Paris ketika berusia 75 tahun pada November 2004 selepas mengadu sakit perut semasa berada di ibu pejabatnya di bandar Ramallah, Tebing Barat.
Balunya, Suha membuat aduan kepada sebuah mahkamah di Perancis pada 2012 dengan mendakwa suaminya dibunuh sekali gus mencetuskan satu siasatan.
Pada tahun sama, kubur Yasser di Ramallah digali semula selama beberapa jam untuk membolehkan pa­sukan penyiasat Perancis, Switzerland dan Rusia mengambil 60 sampel.
Ramai rakyat Palestin percaya bahawa Israel meracun Yasser dan jawatankuasa sama pernah me­nuduh Rejim Zionis membunuhnya sebelum ini tetapi dinafikan oleh Israel. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1112&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3rEBN4Fdg 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment