Search This Blog

Monday, November 16, 2015

Hilang lagi

Kota Bharu: Seorang lelaki warga emas yang menghidap penyakit mental dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Tebing Tinggi, Kemumin sejak 10 hari lalu.
Mangsa, Ibrahim Jaafar, 60, yang tinggal sendirian di rumah berkenaan dikatakan keluar dari rumah sejak 6 November lalu dengan hanya memakai kain pelekat dan sehingga kini tidak pulang.
Adik mangsa, Ismail, 55, berkata, kehilangan abangnya itu adalah kali kedua selepas awal tahun lalu apabila ditemui di Kuala Lumpur dengan kisah kehilangannya disiarkan dalam akhbar.
“Ketika kejadian kira-kira jam 7 petang, saya sedang membaiki rumah abang dan sempat melihat dia berjalan keluar tanpa memakai baju.
“Saya sangkakan abang hanya keluar berjalan di sekitar kampung berkenaan, namun sehingga malam tidak pulang,” katanya.
Ismail berkata, pelbagai usaha sudah dilakukan termasuk membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
“Saya khuatir dia hilang seperti sebelum ini sehingga ke Kuala Lumpur.
“Saya berharap orang ramai yang menemui abang saya dapat menghubungi kami di talian 013-9480120,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 November 2015 @ 5:04 AM


ISMAIL menunjukkan kad pengenalan Ibrahim yang dilaporkan hilang dari rumahnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/93310#sthash.ABEAeG4z.dpuf

No comments:

Post a Comment