Search This Blog

Saturday, November 21, 2015

Bayar bil lain, tapi abai sewa rumah


Kebanyakan penghuni Flat Sri Pulau Pinang di Kuala Lumpur memasang alat pendingin hawa, sedangkan DBKL mendedahkan hampir 28,000 penyewanya gagal membayar sewa rumah yang cuma RM124 sebulan.


KUALA LUMPUR – Gaya hidup hedonisme yang lebih mementingkan keseronokan dilihat menjadi punca utama mengapa segelintir penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) gagal membayar sewa rumah biarpun hanya RM124 sebulan.
Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam DBKL Sri Pulau Pinang, Janudin Abdul Lani berkata, mentaliti yang menganggap sewa rumah hal remeh menyebabkan golo­ngan itu menggunakan wang sewa untuk perbelanjaan yang tidak sepatutnya menjadi keutamaan.
Beliau memberi contoh ada penyewa sanggup menggunakan wang sewa untuk membayar kereta mewah, alat pendingin hawa, bil Astro, WiFi dan perbelanjaan yang kurang penting.
“Rata-rata penduduk PPR sebenarnya mampu membayar sewa RM124 sebulan itu, namun mereka menganggap ia bukan satu keutamaan kerana apa yang lebih pen­ting mereka dapat bergaya dengan kereta mewah dan berseronok dengan rakan-rakan,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1121&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3s4a52Pg8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment