Search This Blog

Sunday, November 1, 2015

Bangkai dipercayai kapal kargo El Faro ditemui

LOS ANGELES: Objek dipercayai bangkai kapal kargo El Faro yang tenggelam bersama 33 kru selepas dibadai Taufan Joaquin awal bulan ini, ditemui pada Sabtu pada kedalaman 15,000 kaki, kata Lembaga Keselamatan Pengangkutan AS.
Dalam satu kenyataan, agensi itu berkata, pasukan mencari yang menggunakan peralatan sonar Kapal Tentera Laut AS, Apache menemui bangkai kapal itu dan akan menghantar kenderaan kawalan jauh (ROV) untuk mengesahkan identiti bangkai kapal berkenaan pada Ahad.
Kapal kargo El Fara hilang pada 1 Oktober lalu ketika dalam perjalanan dari Jacksonville, Florida, ke Puerto Rico. - Reuters

No comments:

Post a Comment