Search This Blog

Saturday, October 31, 2015

Warga Maldives diusir keluar



SUSPEK lelaki (kiri) yang disyaki merancang membunuh Abdulla ditahan di sebuah kondominium di Mont Kiara, Kuala Lumpur sebelum diusir keluar menerusi KLIA2, Sepang semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Maldives ditahan dalam satu serbuan khas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman di ibu negara pada Rabu lalu selepas disyaki terlibat dalam rancangan untuk membunuh Presiden Maldives, Abdulla Yameen.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek yang bekerja sebagai Duta Pelaburan Maldives didapati cuba melaksanakan rancangan untuk membunuh Abdulla pada 28 September lalu.
“Lelaki berusia 47 tahun itu ditahan dalam sebuah kondominium di Mont Kiara, Kuala Lumpur bersama empat lagi rakan senegara masing-masing iaitu dua lelaki dan wanita berusia antara 28 hingga 38 tahun.
“Kesemua suspek ditahan di bawah Akta Imigresen dan telah diusir ke negara asal hari ini (semalam) untuk tindakan susulan oleh pihak berkuasa Maldives,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1031&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3q5mkYXgD 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment