Search This Blog

Monday, October 26, 2015

Wanita maut kereta terbabas


WARTAWAN SINAR HARIAN
Wanita maut kereta terbabas

25 OKTOBER 2015
Wanita maut kereta terbabas Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Sengkang-Felda Inas, Kulai, semalam.

JOHOR BAHRU - Seorang wanita maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Jalan Sengkang-Felda Inas, Kulai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa, Saadiah Samad, 57, yang memandu Proton Iswara berseorangan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Manakala, dua lagi mangsa, Mohd Abadi Salimi, 43, dan anaknya, Mohd Azizi Dania, 7, yang menaiki Perodua Alza hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Kulai.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkata, dua lagi mangsa berumur 63 dan 11 tahun yang menaiki Perodua Kelisa, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan mendapati, kemalangan berpunca apabila kereta dipandu Saadiah dari Felda Inas terbabas ke kanan jalan dan melanggar Perodua Alza yang datang dari arah Kulai.

“Pada waktu sama, kereta Perodua Kelisa yang mengekori di bahagian belakang Proton Iswara tidak dapat mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta tersebut,” katanya.

Razak berkata, siasatan lanjut mendapati lokasi kejadian adalah jalan raya dua hala dan selekoh panjang.

“Cuaca sewaktu kemalangan baik dan permukaan jalan kering dan baik. Bedah siasat selesai dijalankan di Hospital Kulai dan jenazah telah dituntut keluarga mangsa.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Dalam pada itu, komander operasinya, Pegawai Bomba Firdaus Juriatah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.10 petang.

“Satu jentera bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai diarah ke tempat kejadian dan tiba 10 minit kemudian sebelum operasi tamat 2.13 petang,” katanya.

No comments:

Post a Comment