Search This Blog

Monday, October 26, 2015

Vape terbakar dalam pesawat




Penumpang Malindo Air cemas bateri vape penumpang terbakar secara tiba-tiba ketika dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur semalam. – Gambar hiasan


PUTRAJAYA – Suasana dalam pesawat Malindo Air jenis Boeing 737-800 yang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) cemas apabila bateri vape atau rokok elektronik milik seorang penumpang terbakar.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, dalam kejadian pada pukul 6.45 petang kelmarin, penumpang lelaki berumur 30 tahun dan bekerja sebagai juruperunding mengalami cedera ringan di paha dan lengan kiri.
Menurut beliau, ketika kejadian, pemilik vape itu sedang menonton televisyen di tempat duduknya sebelum secara tiba-tiba bateri vape yang berada di dalam beg milik­nya yang diletakkan di atas paha terbakar.
“Berdasarkan siasatan, beg tersebut yang turut disimpan dengan barangan lain telah menyebabkan suis pada bateri vape itu tertekan dan hidup dengan sendiri menyebabkan ia panas lalu terbakar.
“Penumpang tersebut terhidu bau hangit sebelum memeriksa beg yang dipegangnya dan mendapati bateri vape sedang terbakar yang menyebabkan dia melecur di paha dan lengan kiri,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3pcTfEm5T 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment