Search This Blog

Saturday, October 31, 2015

Ribut, banjir landa Texas, dua penduduk lemas

PENDUDUK tempatan melihat kerosakan selepas banjir di Sungai Blanco, Wimberley, Texas. - Foto Reuters
AUSTIN, Texas: Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh apabila ribut dan hujan lebat melanda tengah Texas, menyebabkan lebuh raya dinaiki air dan penduduk dipindahkan apabila air sungai melimpah manakala beberapa bangunan di luar San Antonio rosak.
Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan air apabila kenderaannya terperangkap di tenggara Austin sudah ditemui, menurut pegawai kecemasan Travis County. Seorang wanita tua masih hilang.
Berhampiran San Antonio, seorang pegawai Tentera Darat Amerika Syarikat menyatakan mayat seorang individu yang dihanyutkan air ke hulu sungai apabila kenderaannya terperangkap dalam arus banjir, ditemui petang semalam di Camp Bullis.
Nama kedua-dua mangsa tidak dinyatakan.
Lebih 40 usaha menyelamat mangsa banjir dilakukan dalam kawasan itu selepas hujan lebat melanda wilayah berkenaan.
Beberapa sungai mencatatkan rekod paras tertinggi sebelum mulai surut selepas tengah hari. - Reuters

No comments:

Post a Comment