Search This Blog

Saturday, October 24, 2015

Rentung berpelukan


Nur MAISARAH (kiri) dan Nur Qalisha ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Tanjung Minyak semalam.


MELAKA - Dua kanak-kanak pe­rempuan ditemui rentung dalam keadaan berpelukan dalam kejadian kebakaran di sebuah rumah di Taman Tanjung Minyak di sini semalam.
Dalam insiden kira-kira pukul 5.30 petang itu, Nur Maisarah Balqis Rosghazali, 7, dan adiknya Nur Qalisha Balqis, 6, berada di dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut yang dipercayai tempat bermulanya kebakaran.
Bagaimanapun, kedua-duanya dipercayai me­nyembunyikan diri di bawah katil apabila melihat api berkenaan menyebabkan kedua-dua mereka terperangkap dan mati rentung.
Bapa mereka, Rosghaza­li Shafie, 40-an yang berada di luar rumah ketika kejadian pula gagal menyelamatkan kedua-dua mangsa kerana pintu hadapan dan belakang rumah berkunci.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3pQoqkFhb 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment