Search This Blog

Monday, October 26, 2015

Pemandu maut lori bauksit terbalik


WARTAWAN SINAR HARIAN
Pemandu maut lori bauksit terbalik

26 OKTOBER 2015
Pemandu maut lori bauksit terbalik Keadaan lori dipandu mangsa selepas terbabit kemalangan sehingga meragut nyawanya, kelmarin.

KUANTAN - Seorang pemandu lori bauksit maut selepas lori dipandunya terbabas sebelum terbalik di Kilometer 24, Jalan Pintasan Sungai Ular-Pelabuhan, berhampiran Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (Amsas), petang kelmarin.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1.30 petang itu, mangsa, Mohd Syaiful Bahari Abu Bakar, 28 dari Felda Bukit Kuantan maut akibat tersepit dalam lorinya yang remuk.

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Deputi Superintendan Ahmad Nadzri Zainal berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah pada bahagian kepala.

Menurutnya, mayat mangsa berjaya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng yang tiba di lokasi selepas menerima maklumat.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ahmad Nazri berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menghantar muatan bauksit ke Pelabuhan Kuantan dari Felda Bukit Goh.

“Berdasarkan siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan lori yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan melanggar besi penghadang dan terbalik.

“Kemalangan tersebut bagaimanapun tidak melibatkan pengguna jalan yang lain,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal juga mendapati kemalangan yang meragut nyawa pemandu itu berlaku di laluan lurus dalam keadaan cuaca baik.

“Contoh darah dan air kencing mangsa diambil untuk ujian toksikologi Jabatan Kimia untuk membantu siasatan,”Katanya.

Beliau meminta saksi yang menyaksikan kejadian agar tampil memberikan maklumat untuk melengkapkan siasatan.

No comments:

Post a Comment