Serangan berlaku pada kira-kira pukul 5 pagi waktu tempatan (12 tengah hari waktu Malaysia) di kawasan Jidari, ibu negeri Borno, kawasan yang sebelum ini pernah menjadi sasaran serangan kumpulan militan Boko Haram.
Seorang anggota tentera, Umar Sani berkata, serangan mengakibatkan berlaku dua letupan bom di dalam masjid tersebut.
“Sebanyak dua letupan bom berlaku di sebuah masjid yang turut mengakibatkan lebih 20 orang cedera. Anggota badan mangsa bergelimpangan di merata-rata tempat di dalam masjid.
“Jemaah dari masjid berdekatan turut bergegas ke tempat kejadian bagi membantu mereka yang terjejas akibat daripada letupan tersebut,” jelas Umar.
Polis berkata, dua orang ditahan dan telah diserahkan kepada tentera ekoran kejadian itu, selepas mereka dilihat `bergembira’ melihat letupan berlaku.
“Dua lelaki ditahan, mereka dilihat berdiri tidak jauh daripada tempat kejadian dan saling berpelukan seolah-olah gembira letupan berlaku,” kata pegawai tentera.
Sehingga kini tidak pihak mengaku bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.
Namun, pihak berkuasa yakin serangan dilakukan oleh kumpulan militan Boko Haram. – AFP