Search This Blog

Friday, October 2, 2015

Lelaki gabra dicekup polis


Kuala Lumpur: Seorang pekerja kilang yang menggunakan motosikal curi panik sejurus terserempak sekumpulan anggota polis sedang melakukan operasi pemeriksaan.

Dalam operasi jam 12.15 tengah hari semalam, suspek berusia 24 tahun itu gagal melari diri sejurus diberkas di Plaza Tol Air Panas, di sini.


Ketua Trafik Kuala Lumpur Mohd Nadzri Hussain berkata, suspek menaiki motosikal Yamaha LC135 menunjukkan gerak-geri mencurigakan sebaik disoal siasat.

Menurutnya, polis melakukan pemeriksaan terhadap nombor casis motosikal dinaiki suspek sebelum mendapati motosikal itu dilaporkan hilang pada 18 April lalu.

Menurutnya, suspek memberi pelbagai alasan ketika disoal siasat berhubung motosikal itu.

“Pada mulanya suspek mengatakan motosikal dinaiki itu milik rakannya.

“Bagaimanapun, hasil soal siasat, suspek akhir gagal buktikan kenyataan diberikan sebelum itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Mohd Nadzri berkata, suspek direman empat hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Oktober 2015 @ 6:52 AM

ANGGOTA polis memeriksa nombor enjin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81714#sthash.MiDGgQtI.dpuf

No comments:

Post a Comment