Search This Blog

Friday, October 2, 2015

Kereta tersepit di Plaza Tol Jalan Duta


WARTAWAN SINAR HARIAN
Kereta tersepit di Plaza Tol Jalan Duta

2 OKTOBER 2015
Kereta tersepit di Plaza Tol Jalan Duta Gambar ketika kejadian di Plaza Tol Jalan Duta, hari ini. - Foto Facebook Info Roadblock Jpj/polis

SHAH ALAM - Sebuah kereta Proton Wira yang dipandu seorang lelaki tersepit di Plaza Tol Jalan Duta apabila ia melanggar sebuah lori yang sedang menunggu giliran untuk membayar tol.

Menurut sumber, kejadian berlaku apabila lori itu yang sedang menunggu giliran untuk membayar tol dilanggar dari arah kanan oleh kereta terbabit menyebabkan ia tersepit.

Pemandu Proton Wira itu bagaimanapun dilaporkan hanya mengalami kecederaan di bahagian hidung dan tangan.

Dia kemudiannya dihantar ke hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan.

Pemandu kereta Proton Wira itu dilaporkan dalam keadaan normal ketika insiden itu.

Pemandu lori difahamkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

No comments:

Post a Comment