Search This Blog

Tuesday, October 27, 2015

Gempa bumi: 12 pelajar dikhuatiri terbunuh


WARTAWAN SINAR HARIAN
Gempa bumi: 12 pelajar dikhuatiri terbunuh

26 OKTOBER 2015
Gempa bumi: 12 pelajar dikhuatiri terbunuh Kerosakan bangunan akibat gempa bumi di Kabul. - Foto Ghazni

KABUL - AFGHANISTAN. Sekurang-kurangnya 12 pelajar perempuan dikhuatiri terbunuh dalam rempuhan ketika berasak-asak keluar dari bangunan sekolah selepas gempa bumi kuat melanda Afghanistan hari ini.

Jurucakap gabenor wilayah Takhar, Sonatullah Taimor berkata, 30 pelajar perempuan yang cedera dibawa ke hospital di ibu negara wilayah Taluqan.

Gempa bumi 7.7 pada skala Richter, dengan pusat gempa di kawasan terpencil di utara Afghanistan, dirasai di bandar di seluruh Afghanistan, Pakistan dan India.

Sementara itu, seorang pegawai penyelamat di barat laut Pakistan, Mohammad Bilal berkata, gempa bumi yang turut dirasai di Pakistan menyebabkan sekurang-kurangnya lima maut dan 100 orang cedera dalam runtuhan rumah di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.


Dalam pada itu, Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif telah meminta pihak berkuasa untuk menggunakan semua sumber untuk membantu mana-mana mangsa gempa bumi.

No comments:

Post a Comment