Search This Blog

Friday, October 2, 2015

Dua polis cedera ditembak suspek dadah

 Oleh Junaidi Ladjana

am@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Dua anggota polis cedera selepas terkena tembakan ketika cuba memberkas dua suspek dadah di tepi jalan di Pusat Komersial Salut berhampiran bulatan Jalan Sepanggar, dekat sini, petang tadi.


Dalam kejadian, kira-kira 2 petang itu, dua anggota detektif berpangkat Sarjan Mejar cedera di kepala manakala seorang lagi Konstabel cedera di hidung dan dada namun kedua-dua mereka dilaporkan stabil.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, bertindak atas maklumat pengedaran dadah sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah membuat operasi dan terserempak dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan kejadian.

"Anggota polis kemudian memperkenalkan diri sebelum kedua-dua lelaki cuba melarikan diri lalu berlaku pergelutan sebelum seorang suspek diberkas manakala seorang lagi melarikan diri ke arah bukit.

"Ketika pemeriksaan dijalankan ke atas suspek yang ditahan, tiba-tiba bunyi tembakan dipercayai daripada rakan suspek yangg diberkas menyebabkan anggota polis membalas untuk mempertahankan diri dan selepas situasi kembali tenang, dua anggota polis mengalami kecederaan akibat terkena tembakan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut ke atas suspek berusia 27 tahun warga Filipina menemui dua paket disyaki dadah jenis syabu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2015 @ 7:34 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81645#sthash.Fokwavpd.dpuf

No comments:

Post a Comment