Search This Blog

Thursday, October 1, 2015

Dua beranak Iran dihukum mati


Parvin (kanan) dan Tayebeh dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam selepas mereka dijatuhi hukuman mati kerana mengedar syabu.


SHAH ALAM – Dua beranak warga Iran menangis sambil berpelukan selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhi hukuman gantung sampai mati kerana mengedar 2.5 kilogram (kg) syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Ghazali Cha menjatuhi hukuman itu selepas berpuas hati yang pihak pembe­laan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan membabitkan ke­dua-dua beranak tersebut.
Tertuduh, Tayebeh Abbasali Najafi, 36, didakwa mengedar 1,297.5 gram syabu atau methamphetamine manakala ibu wanita itu, Parvin Yousef Ilanlou, 57, didakwa mengedar 1,245.6 gram dadah jenis sama di pintu keluar Pemeriksaan Kastam, Balai Ketibaan KLIA di Sepang pada 25 September 2012.
Sejurus mahkamah membuat keputusan itu, Tayebeh dilihat memujuk ibunya Parvin yang menangis teresak-esak dengan hukuman berkenaan sebelum kedua-duanya menangis sambil berpelukan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1001&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3nGp6bOjB 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment