Search This Blog

Saturday, October 31, 2015

3 maut, 9 masih hilang lombong emas runtuh


lombong emas

30 OKTOBER 2015
lombong emas - Gambar Hiasan

JAKARTA  - INDONESIA . Mayat tiga lelaki yang tertimbus selepas lombong emas yang tidak digunakan runtuh dan sekurang-kurangnya sembilan yang lain masih terperangkap dan dikhuatiri turut terbunuh.

Sekurang-kurangnya 12 orang yang mencari emas tertimbus di kawasan lombong emas di pergunungan Jawa Barat pada Selasa selepas binaan kayu di dalam lombong berkenaan runtuh.

Jurucakap polis tempatan Ita Puspitalena berkata, mangsa yang maut bukan terdiri daripada pelombong tetapi ‘perompak’ yang tidak mempunyai kepakaran untuk menggali lombong yang mempunyai kedalaman sehingga 200 meter di bawah tanah.

"Tanpa struktur sokongan yang betul, ia menyebabkan binaan tersebut runtuh dan kemungkinan besar tiada mangsa yang terselamat," katanya kepada AFP.

Pihak berkuasa tempatan telah menutup lombong itu sejak beberapa bulan lalu.

Perlombongan emas haram telah berkembang pesat di Indonesia pada tahun-tahun kebelakangan ini kerana harga logam berharga telah meningkat, dan kematian adalah perkara biasa.

Lapan belas orang terbunuh selepas sebuah lombong emas haram runtuh di barat Borneo pada bulan Oktober 2014.

Pada Julai tahun yang sama, tanah runtuh membunuh sembilan lelaki di satu lagi lombong emas haram di wilayah Papua.

No comments:

Post a Comment