Search This Blog

Monday, October 26, 2015

11 cermin kereta dipecah


CERMIN belakang salah sebuah kereta yang pecah setelah dibaling dengan batu-bata oleh sekumpulan remaja mabuk di Raub, Pahang semalam.


RAUB – Pemilik 11 buah kereta yang diletakkan di beberapa taman dan kampung di sini semalam terkejut apabila mendapati cermin hadapan dan belakang kenderaan masing-masing kena pecah dipercayai akibat perbuatan vandalisme pada awal pagi semalam.
Kejadian berlaku antara pukul 12 tengah malam hingga 6 pagi melibatkan penduduk di kawasan Taman Sentosa, Taman Mutiara, Kampung Melayu Su­ngai Lui, Kampung Baru Bukit Koman dan sekitar Pasar Raya Tunas Manja di sini.
Ia melibatkan kenderaan jenis Perodua Alza, Proton Wira, Proton Iswara, Perodua Kancil, Perodua Myvi, Toyota Avanza dan Mazda.
Seorang mangsa, Azman Mustafa, 55, berkata, dia langsung tidak menyedari kejadian berkenaan sehinggalah pada waktu pagi setelah melihat cermin keretanya yang diletakkan di garaj hadapan rumahnya retak.
“Ketika saya hendak menggunakan kereta baru saya dapati cermin belakang kereta telah retak dan terdapat sebiji batu-bata dijumpai berhampiran kereta.
“Saya terus membuat laporan polis dan rupa-rupanya banyak lagi cermin kereta lain turut dipecahkan,” katanya kepada pemberita di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1026&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3pcUtcBAh 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment