Search This Blog

Sunday, September 27, 2015

Sungai Jelai semakin keruh, cetek



BEGINILAH keadaan Sungai Jelai yang semakin cetek dan dipenuhi mendapan pasir didakwa akibat aktiviti perlombongan emas dan bijih besi di sekitar pekan Padang Tengku, Kuala Lipis semalam.


KUALA LIPIS – Kira-kira 500 keluarga di sekitar pekan Padang Tengku di sini mengalami kesukaran untuk mendapatkan bekalan air bersih ekoran Sungai Jelai yang semakin tercemar dengan keladak didakwa akibat aktiviti perlombongan emas dan bijih besi.
Tinjauan Kosmo! Ahad semalam mendapati aktiviti dua lombong bijih besi di sekitar kawasan Kampung Sungai Temau dan sebuah lombong emas di Kampung Gua di sini turut mengakibatkan air Sungai Jelai yang dahulunya jernih kini menjadi keruh kerana dipenuhi selut.
Beberapa batang anak sungai seperti Sungai Sai, Sungai Serau dan Sungai Tanum yang mengalir ke Sungai Jelai kini semakin cetek selain dipenuhi sisa mendapan pasir kesan daripada aktiviti perlombongan itu.
Sungai Jelai sepanjang 97 kilometer itu merupakan antara sungai yang mengalir ke Sungai Pahang selain Sungai Tembeling dan Sungai Semantan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3mtJblGsw 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment