Search This Blog

Tuesday, September 1, 2015

Penuntut kolej maut dua kereta bertembung

Alor Gajah: Penuntut kolej berusia 22 tahun maut selepas Perodua Kancil dipandu bertembung dengan Proton Saga BLM di Jalan Baru Tanjung Bodara-Solok Duku, Masjid Tanah, 6 petang tadi.
Dalam kejadian itu, pemandu Proton Saga BLM cedera di kepala dan badan manakala tiga penumpang hanya cedera ringan.
Timbalan Ketua Polis daerah Alor Gajah, Deputi Superintendan Razali Sabar, mengesahkan kemalangan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
"Mangsa maut di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Alor Gajah (HAG) untuk dibedah siasat.
"Pemandu dan penumpang Proton Saga BLM mengalami kecederaan yang tidak serius dan sudah dirujuk ke HAG untuk rawatan," katanya.
Sepasukan anggota bomba juga dipanggil bagi membantu mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 8:45 PM


KEADAAN kereta yang dipandu mangsa. FOTO Arifin Salleh
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/74263#sthash.qR35RbuG.dpuf

1 comment: