ROHAIMI MD. ISA
Ketika kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari tersebut, suspek berusia 31 tahun yang tidak bekerja turut mengacukan sebatang besi tajam ke arah muka ibu kandungnya.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa berkata, lelaki itu pada mulanya membuat bising sambil mendesak mangsa agar memberikan wang RM10 dan kekecohan itu didengari adik perempuan suspek.
“Adiknya menegur suspek supaya jangan meminta wang daripada ibu mereka menyebabkan suspek berang. Dia keluar dari rumah, namun masuk semula bersama sebatang besi tajam sepanjang hampir dua meter dan mahu memukul kepala adiknya.
“Bimbang keselamatan anak perempuannya, wanita itu segera memberi RM10 sebagaimana diminta suspek,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Rohaimi, sebelum beredar, suspek sempat mengugut mahu mencederakan ibunya sekiranya wanita itu membuat laporan polis.
Kata beliau, ugutan suspek berbunyi: “Kalau mu report (lapor), aku korek butir (biji) matamu”.
“Anak perempuan mangsa kemudian membuat laporan polis dan kita sedang mengesan suspek yang dipercayai sedang bersembunyi,” katanya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner ROHAIMI MD. ISA