Search This Blog

Wednesday, September 30, 2015

Anak perempuan Paul Walker saman Porsche



Sebuah kereta sport Porsche Carrera GT


LOS ANGELES – Anak perempuan aktor Paul Walker yang maut dalam kemalangan kereta sport Porsche di California dua tahun lalu, menyaman pengeluar kereta itu di Los Angeles kelmarin, menurut kertas mahkamah.
Meadow Walker dalam samannya mendakwa, Porsche mengurangkan ciri keselamatan kereta itu yang jika dipasang, dapat mengelakkan tragedi tersebut daripada berlaku atau sekurang-kurangnya boleh menyelamatkan nyawa Walker.
Walker merupakan penum­pang dalam kereta Porsche Carrera GT keluaran 2005 yang dipandu oleh Roger Rodas. Rodas hilang kawalan sebelum kereta itu merempuh pokok dan sebuah tiang di Santa Clarita, barat daya Los Angeles pada November 2013.
Dia dan Walker terbunuh dalam kemalangan itu.
Menurut saman berkenaan, Porsche me­nyedari kereta itu memiliki masalah ketidakstabilan dan kawalan, manakala rekaan tali pinggang ke­ledarnya berisiko membahayakan nyawa pemandu dan penumpang sekiranya berlaku kemalangan. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0930&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3nAz0IL92 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment