Search This Blog

Tuesday, September 1, 2015

17 terbunuh kebakaran penjara di Venezuela



KEBAKARAN dipercayai bermula di Blok 1, Penjara Tocuyito. - Gambar fail eluniversal.com
CARACAS: Kebakaran di sebuah penjara di utara Venezuela menyebabkan 17 terbunuh dan 11 cedera, kata pihak berkuasa.
Kebakaran di Penjara Tocuyito di negeri Carabobo pada Isnin menyebabkan sembilan lelaki dan lapan wanita terbunuh. Setakat ini pihak berkuasa belum menyatakan punca kebakaran itu.
Sementara itu, sumber Jabatan Penjara berkata, kebakaran di blok 1J itu dipercayai berpunca daripada litar pintas.
Dalam kalangan negara Amerika Selatan, Venezuela memang diketahui sebagai negara yang mempunyai penjara yang sesak. Rancangan kerajaan untuk memperbaiki keadaan itu setakat ini belum tercapai, kata kumpulan hak asasi manusia.
Ramai dalam kalangan banduan terpaksa bertahun-tahun merengkok dalam penjara sebelum dibicarakan.
Mengikut Venezuelan Prisons Monitor, sebuah pertumbuhan bukan kerajaan, pada tahun lalu, seramai 309 banduan yang belum selesai dibicarakan terbunuh manakala 179 cedera dalam penjara yang kini beroperasi pada 170 peratus daripada keupayaan sebenar. - AFP

No comments:

Post a Comment