Search This Blog

Wednesday, September 30, 2015

Jururawat Berani Bertindak Tikam Penyamun di Semporna




BERITA JENAYAH SABAH
Seorang jururawat bertindak berani apabila bergelut dengan penyamun bersenjatakan pisau rambo dan berjaya mencederakan suspek dalam kejadian samun di Jalan Kampung Keramat di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Semporna Supt Peter Umbuas berkata dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa telah menaiki kereta sapu yang dipandu seorang lelaki, selepas selesai bekerja di sebuah klinik swasta di pekan Semporna.



“Semasa dalam perjalanan suspek telah bertukar arah dan memandu menuju ke Jalan Baru Kampung Bugaya dengan alasan ingin mengambil rakannya di kawasan berkenaan.

“Namun apabila sampai di Jalan Kampung Keramat suspek dikatakan mengeluarkan pisau rambo dan meletakkannya di paha mangsa. Ekoran itu mangsa telah bergelut dan berjaya merampas pisau berkenaan, sebelum menikam perut suspek,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata suspek kemudiannya mengarahkan mangsa turun dari kenderaan berkenaan, sebelum melarikan diri bersama beberapa barangan milik mangsa termasuk beg tangan.

Peter berkata pihaknya kini sedang memburu suspek dan meminta mana-mana klinik yang menerima pesakit yang cedera akibat tertusuk benda tajam di perut supaya menghubungi balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna di talian 089-781244. — BERNAMA



Sumber Artikel Ini : http://suarasabah.com/2015/09/jururawat-berani-bertindak-tikam-penyamun-di-semporna/#ixzz3nEkrqg2l

Malu anaknya curi kondom, ayah cekik gadis itu hingga mati


Malu anaknya curi kondom, ayah cekik putrinya hingga tewas

30/09/15
Malu anaknya curi kondom, ayah cekik putrinya hingga tewas
Asadullah Khan. ©Mirror
Asadullah Khan, 51 tahun, dan isterinya Shazia, 41 tahun, asal Pakistan diseret ke mahkamah kerana membunuh puterinya, Lareeb Khan, 19 tahun.

Dalam perbicaraan, lelaki muslim itu   mengaku mencekik anaknya hingga mati setelah puterinya itu ketahuan mencuri kondom di sebuah  kedai kerana ingin bercinta dengan pacar yang tidak direstui.

Tabloid Mirror melaporkan, Isnin (28/9), dalam mahkamah di Darmstadt, Jerman, sang ayah mengatakan anaknya itu sudah membuat malu keluarga kerana menjalin asmara dengan lelaki yang tidak disetujui olehnya.

Sang ayah dan isterinya adalah pasangan yang menikah kerana dijodohkan orangtua dan Asadullah juga ingin melakukan hal yang sama terhadap puterinya.

Khan mengaku membunuh Lareeb pada pagi hari 28 Januari lalu. Menurut akhbar  Jerman Bild, peristiwa itu disaksikan oleh isterinya.

Setelah dibunuh, jasad Lareeb kemudian diberi pakaian lalu dibawa turun apartemen dengan kerusi roda. Mereka kemudian membawa mayat anaknya ke sebuah hutan dan membuangkannya di sana.

Seorang pejalan kaki kemudian menemui jenazah Lareeb sehari kemudian.

Menurut pengaduan ibunya di mahkamah, Lareeb lari dari rumah selama beberapa hari kerana bertengkar dengan kedua orangtuanya dan dia juga membuang jilbabnya.

"Suatu hari kami menerima surat dari polis  yang menyatakan anak kami mencuba mencuri kondom," kata sang ibu.

Sejak menerima khabar dari polis  itu ayah Lareeb marah dan melarang anaknya keluar rumah sehingga mereka membunuhnya.

Sidang kes ini masih terus berjalan.
 Edit dari Merdeka.com

Lelaki tampar imam diperintah jalani ujian psikiatri


Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

SHABIR (kanan) dibawa keluar dari mahkamah selepas Majistret memerintahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan untuk menjalani penilaian psikiatri. - Foto Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga India yang menampar Imam 2 Masjid Negara ketika mengimamkan solat Jumaat pada 18 September lalu, diperintahkan Mahkamah Majistret dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan untuk menjalani penilaian psikiatri.
Majistret Siti Radziah Kamarudin memerintahkan Shabir Ahmad Khan, 31 dihantar ke pusat mental itu bagi menjalani penilaian psikiatri selepas beliau tidak menerima pengakuan tertuduh yang didakwa atas tiga pertuduhan.
Ia berikutan tertuduh kelihatan keliru dan tidak memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah, S Kavitha.
Tertuduh juga kerap kali cuba menjelaskan sesuatu kepada Kavitha dan kadang-kadang hanya mendiamkan diri walaupun selepas disoal jurubahasa itu dan majistret.
Shabir didakwa dengan tiga pertuduhan iaitu mencederakan Imam Mohd Zuhairee Mohd Yatim, mengganggu solat Jumaat dan tinggal melebihi masa di negara ini.
SEORANG lelaki warga India yang ditangkap selepas menampar Imam 2 Masjid Negara ketika mengimamkan solat Jumaat pada 18 September lalu.

Suami isteri melecur kebakaran rumah teres

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang itu, 18 peratus daripada tubuh lelaki berkenaan melecur iaitu di bahagian hadapan dan belakang badan, kedua-dua tangan serta muka manakala isterinya hanya melecur di tangan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5 petang bergegas ke tempat membabitkan pasukan bomba dan penyelamat Parit Buntar dengan bantuan pasukan dari Bagan Serai serta Pasukan Bomba Sukarela Nibong Tebal, Parit Buntar dan Bagan Serai.
"Sebaik pasukan kami tiba diketuai Ketua Operasi, Mohd Nor Amin Abd Mubin, kami mendapati berlaku kebakaran membabitkan dua rumah jenis kelas A di mana sebuah rumah musnah terbakar 80 peratus manakala sebuah rumah terbakar lima peratus di bahagian bumbung," katanya di sini malam ini.
Beliau berkata, terdapat dua mangsa pasangan suami isteri melecur tetapi ketika pasukan itu tiba di lokasi kejadian, kedua-duanya sudah dihantar orang ramai ke Hospital Parit Buntar.
Katanya, anggota bomba bertindak memadamkan kebakaran dengan menggunakan tiga pancutan bersumberkan air dari pili bomba berhampiran sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya dan operasi tamat pada jam 6.16 petang.

Suspek rogol wanita OKU ditahan




Oleh Abnor Hamizam Abdul Manap
BANDAR SERI JEMPOL: Polis menahan seorang lelaki berusia 65 tahun yang dipercayai merogol seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) sehingga mengandung dua bulan di sebuah tanah rancangan FELDA di sini.
Perbuatan lelaki itu yang juga seorang peneroka, terdedah selepas mangsa yang mengalami masalah mental, berkunjung ke rumah ibu saudaranya di Ledang, Johor.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias, berkata ibu saudaranya yang syak ada sesuatu yang tidak kena membawa mangsa ke sebuah klinik, Isnin lalu dan terkejut apabila mendapati anak saudaranya disahkan mengandung.
Katanya, mangsa memberitahu dirogol oleh seorang lelaki di ladang kelapa sawit di FELDA Palong 2 menyebabkan ibu saudaranya membuat laporan polis.
"Berikutan laporan itu, polis menahan suspek, kira-kira jam 1.45 pagi semalam. Siasatan awal mendapati suspek adalah rakan ayah mangsa," katanya di sini, hari ini.
Hamzah berkata, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga Isnin depan dengan kes disiasat mengikut Sekyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

69 warga asing ditahan di Balok, Kuantan

Timbalan Penolong Pengarah Tinggi Imigresen negeri, Mohd Rosli Mat Nun berkata operasi empat jam yang bermula pukul 1 pagi membabitkan 23 anggota penguatkuasa Imigresen Pahang dan 10 pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.
"Seramai 200 warga asing diperiksa dalam operasi di Balok, dipercayai menjadi penempatan mereka yang bekerja di kawasan sekitar Gebeng dan pelabuhan dengan menggunakan MyKad palsu.
"Seramai 67 warga Filipina iaitu 25 lelaki dan 21 wanita serta 21 kanak-kanak ditahan kerana kesalahan tidak mempunyai dokumen dan menggunakan MyKad palsu," katanya di sini, hari ini.
Mohd Rosli berkata, turut ditahan seorang lelaki dan wanita warga Indonesia kerana menetap di sini melebihi tempoh masa yang dibenarkan.
Katanya, mereka yang ditahan berusia antara satu dan 50 tahun itu kemudiannya dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Ajil, Terengganu untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

Polis buru penganjur MBC, disyaki menipu



Oleh Willie Jude Junaidi 


M Chandra menunjukkan gambar suspek yang dikehendaki berhubung kes penipuan penganjuran sukan lasak. - Foto NSTP
KOTA KINABALU: Polis memburu penganjur sukan lasak Borneo Mud Challenge (BMC), di sini, selepas dipercayai menipu lebih 150 individu yang mendaftar untuk menyertai program itu membabitkan kerugian RM20,627. 
Lelaki tempatan dikenali sebagai Jonathan John Jipil, 29, itu dikatakan mengutip yuran penyertaan antara RM80 hingga RM800 daripada semua individu terbabit bagi menyertai BMC yang kononnya diadakan di Putatan. 
Suspek yang tinggal di Kampung Potuki, Penampang, dipercayai menggunakan media sosial dan akhbar tempatan bagi mempromosi program berkenaan hingga mendapat sambutan menggalakkan termasuk dari luar negara. 
Bagaimanapun, sukan lasak yang dijadualkan berlangsung pada 27 September lalu itu tidak diadakan, malah penganjur turut melarikan diri. 
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M Chandra, berkata polis menerima 29 laporan di beberapa daerah sejak 1 September lalu, termasuk 21 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu. 
"Semua laporan itu adalah daripada 153 orang yang ditipu kerana ada laporan mewakili sesebuah kumpulan dan polis percaya lebih ramai peserta akan tampil selepas ini," katanya selepas Perhimpunan Bulanan IPD Kota Kinabalu, di sini, pagi tadi.

Bekas kekasih Jim Carrey ditemui mati



JIM Carrey dan Cathriona White ketika meninggalkan hotel di New York pada 21 Mei lalu. - Foto www.splashnews.com
LOS ANGELES: Bekas teman wanita aktor Amerika Syarikat (AS) Jim Carrey, maut di rumahnya akibat bunuh diri, menurut polis Selasa.
Jurucakap pejabat koroner Los Angeles County, Fred Corral berkata, Cathriona White, 30, disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik petang Isnin.
Katanya, kematian White, seorang jurusolek Hollywood, dianggap sebagai bunuh diri.
Laporan berita tempatan berkata, pasangan itu yang keluar bersama namun putus dan kembali menyambung hubungan sejak tahun 2012, berpisah Khamis lalu.
White yang berasal dari Ireland menghantar mesej samar dalam akaun Twitternya pada hari kematiannya yang berbunyi:
"Menutup akaun Twitter, saya harap saya menjadi cahaya kepada orang terdekat dan tersayang."
Carrey dalam satu kenyataan berkata beliau "amat sedih dengan pemergian Cathriona yang manis."
"Beliau adalah bunga Ireland yang amat baik dan rapuh, terlalu sensitif untuk tanah ini (AS), kepada yang menyayangi dan disayangi itulah yang terserlah.
"Perasaan simpati saya buat keluarga dan rakan serta semua yang menyayangi dan mengambil berat dirinya. Kita semua dilanda musibah umpama kilat ini," kata aktor berusia 53 tahun itu.
White ditemui di rumahnya petang Isnin oleh seorang rakan yang menelefon perkhidmatan kecemasan. Jurusolek itu dilaporkan meninggalkan nota bunuh diri. -AFP

Deru angin berdebu

 Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali dan Mohamad Sahidi Yusoff

am@hmetro.com.my
Tanah Merah: “Sebaik menyaksikan bumbung diterbangkan angin, kami bertempiaran lari menyelamatkan diri,” kata Nurul Fatihah Che Ngah, 13, selepas bumbung kelasnya di blok A bangunan tiga tingkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 2, di Jalan Jedok, di sini, diterbangkan dalam kejadian ribut di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 4 petang, bumbung di tiga blok bangunan lain turut diterbangkan dan rosak teruk.

Dalam kejadian sama, bumbung lebih 10 rumah dan kedai di Kampung Banggol, di sini, turut diterbangkan. Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Nurul Fatihah berkata, ketika kejadian, dia bersama guru dan pelajar lain bersiap sedia keluar dari kelas untuk ke kantin kerana waktu rehat.

Katanya, ketika itu hujan renyai sebelum diikuti angin kencang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 7:07 AM

SEBAHAGIAN bumbung sekolah dan rumah yang tercabut disebabkan hujan lebat dan ribut di sekitar bandar Tanah Merah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81174#sthash.IhMsFGaG.dpuf

Nyaris tertelan tiga gigi palsu


Hong Kong: Seorang wanita di sini melalui pengalaman menjijikkan apabila tergigit tiga gigi palsu ketika menikmati sushi sewaktu makan malam.

Anak perempuannya dilaporkan membawa pulang sushi itu untuknya yang dibeli di sebuah restoran di kawasan Tsz Wan Shan.

Namun, wanita itu terkejut apabila tergigit sesuatu yang keras dalam hidangan ikan salmon yang dikunyahnya. Apabila diludahkan, dia melihat tiga gigi palsu di dalam makanan itu.

Anaknya mengambil gambar gigi palsu itu dan mengadu kejadian kepada Sushi Express,

Bagaimanapun, pengurusnya berkata pekerjanya tidak menggunakan gigi palsu selain diwajibkan memakai topeng ketika menyiapkan makanan.

Restoran Sushi Express itu kini disiasat Jabatan Kebersihan Makanan dan Alam Sekitar.

Syarikat itu berjanji menyiasat kejadian itu termasuk memastikan asal usul gigi berkenaan. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 5:44 AM

GIGI palsu (dalam bulatan) yang ditemui dalam sushi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81136#sthash.wXFppluR.dpuf

Universiti keluar diploma palsu digantung


Jakarta: Lesen sebuah universiti di Surabaya digantung selepas ia didapati mengeluarkan diploma dan ijazah palsu.

Institut Ekonomi Artha Bodhi Iswara sebelum ini disiasat oleh Kementerian Penyelidikan, Teknologi dan Pengajian Tinggi selepas didapati mempunyai jumlah lulusan 10 kali lebih banyak berbanding jumlah pelajar berdaftar setiap tahun.


“Untuk program ijazah pengurusan, institut itu menerima 50 pelajar setahun. Bagaimanapun, jumlah mereka yang memperoleh ijazah hampir 500,” kata ketua penilaian kementerian Supriadi Rustad kepada wartawan, semalam.

Pihak berkuasa Indonesia sebelum ini menggantung lesen empat universiti atau institusi pendidikan.

Kampus terbabit kini dilarang mengambil pelajar baru sementara keseluruhan kurikulum dan pengurusannya disiasat.

Menteri Pengajian Tinggi Mohammad Nasir melancarkan kempen memerangi diploma dan ijazah palsu di negara itu sejak Mei lalu.

Diploma palsu itu dikeluarkan sama ada oleh universiti yang tidak wujud atau universiti berlesen tanpa menjalankan prosedur pembelajaran akademik sebenar. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 5:45 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81138#sthash.DHTRBxlS.dpuf

Mayat ‘orang putih’ dalam beg


Phnom Penh: Polis Kemboja berusaha mengesan identiti seorang lelaki kulit putih yang dijumpai dalam beg pakaian yang dicampak ke dalam terusan.

Beg kain itu dibalut pita pelekat dengan kepala mangsa dapat dilihat terkeluar daripadanya.


Jurucakap polis tempatan, Soum Sophat berkata, Lelaki yang beruban itu memakai kemeja-T dan seluar pendek, dipercayai berbangsa Eropah berusia sekurang-kurangnya 40 tahun.

Dia mati akibat kecederaan teruk di kepala, dipercayai akibat dipukul dengan besi atau kapak. Mayatnya menunjukkan kesan kecederaan teruk, termasuk di kepala serta badan selain luka dan lebam pada wajahnya.

Mayat itu ditemui nelayan yang menangkap udang di wilayah Kep selepas beg itu terdampar di tebing terusan berhampiran paya bakau, tidak jauh dari sempadan Vietnam.

Polis berkata, nelayan berkenaan terkejut melihat beg berkenaan sebelum dua daripada mereka berenang ke arahnya dan melihat kepala lelaki terbabit terjulur.

“Rahang kirinya patah dan lengan kirinya cedera teruk, seolah-olah mangsa mengangkatnya untuk mempertahankan diri ketika dipukul.

“Kami berpendapat suspek membuat perancangan teliti untuk membunuh mangsa kerana telinganya turut ditutup menggunakan penyumbat telinga plastik untuk mengelak cecair badannya keluar menerusi organ berkenaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Brigadier Jeneral Eng Somoi berkata pihaknya belum mengenal pasti identiti mangsa.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui padanya. Kami cuma tahu dia lelaki Kaukasia yang dibunuh, tetapi tiada cara lain untuk mengenal pasti identitinya.

“Yang kami pasti dia tidak tinggal di kawasan ini,” katanya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 5:48 AM

TEMPAT mayat dijumpai.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81144#sthash.pwNYOLpD.dpuf

ADUN dikejut 3 penyamun

Oleh Omar Osman

am@hmetro.com.my
Sungai Petani: “Saya dan isteri terjaga daripada tidur selepas lampu bilik tiba-tiba menyala sebelum mendapati tiga lelaki bertopeng di tepi katil mengacu pisau ke arah muka menyebabkan kami ketakutan.”


Begitu kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas Azman Nasrudin, 43, yang kerugian wang tunai dan barangan berharga bernilai RM4,000 selepas rumahnya dimasuki tiga lelaki bertopeng dalam kejadian di Taman Kristal dekat Padang Temusu, di sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian berlaku antara jam 4 hingga 4.30 pagi ketika mangsa bersama isteri, Siti Hajar Abdullah, 42, dan anak, Nur Irdina Sofea, 6, tidur di dalam bilik utama manakala tiga lagi anak lelaki tidur di dua bilik berasingan.

Difahamkan, tiga lelaki itu dipercayai bertindak memotong besi jeriji tingkap ruang makan sebelum masuk melalui cermin tingkap dan menyerbu ke dalam bilik tidur.

Azman berkata, dia dan isteri terkejut apabila seorang daripada tiga lelaki itu mengacu pisau ke muka mereka sambil mengarahkan berdiam diri jika tidak mahu dicederakan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 7:11 AM

AZMAN menunjuk jeriji tingkap rumah yang dipotong tiga lelaki yang menyamun rumahnya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81176#sthash.h8iFsHoV.dpuf

'Farmasi' layan diri

 Oleh Asmah Rusman

asmah_rusman@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Premis stor ditutup dan berkunci 24 jam manakala kunci disorok di dalam longkang bagi memudahkan pelanggan mengambil sendiri tempahan dilakukan.


Konsep ‘layan diri’ itu digunakan sindiket penyeludupan dan menjual ubat-ubatan haram yang aktif menjalankan kegiatan di Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru, di sini.

Itu antara taktik sindiket penyeludupan dan menjual ubat-ubatan haram yang aktif menjalankan kegiatan di Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru, di sini.

Kegiatan itu bagaimanapun dibongkar apabila sepasukan 50 anggota Cawangan Penguatkuasa Farmasi Kuala Lumpur (CPFKL) melakukan serbuan serentak jam 11 pagi semalam.

Serbuan serentak dilakukan di tiga premis yang dijadikan stor simpanan 128 jenis produk kosmetik dan ubat-ubatan terlarang termasuk mengandungi racun bernilai RM1.3 juta.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 7:17 AM

ANGGOTA CPFKL memeriksa produk terlarang di dalam stor diserbu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81179#sthash.k6NyQ2Gv.dpuf

Putus ibu jari elak kucing

Oleh Nabihah Kamal

am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Tindakan cuba menyelamatkan seekor kucing sebaliknya menyebabkan lima kenderaan termasuk dua motosikal terbabit dalam kemalangan mengakibatkan salah seorang mangsa putus jari tangan.


Dalam kejadian jam 11.20 pagi semalam, kereta model Toyota Camry dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun cuba mengelak seekor kucing yang melintas jalan secara mendadak di Jalan Semarak, di sini.

Sumber berkata, tindakan itu menyebabkan mangsa hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan.

“Kereta itu kemudian merempuh dua kereta lain yang datang dari arah Jalan Gurney di sini, menghala ke Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE).

“Kereta yang dirempuh itu kemudian melanggar pula dua motosikal yang kebetulan melalui lokasi kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 10:38 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81258#sthash.qwwu2F90.dpuf

Balas dendam depan balai

 Agensi
Beijing: Rakaman CCTV tersebar menunjukkan seorang lelaki merempuh dua orang termasuk bekas isterinya di luar balai polis sebelum keluar dari kenderaannya semata-mata untuk menendang mangsa yang terbaring cedera.

Sina melaporkan, kejadian berlaku sekitar jam 10 pagi (waktu tempatan) semalam di Tianchang, wilayah Anhui.

Mangsa, Qin dan rakan lelakinya dipercayai kekasih barunya, Min, baru keluar dari teksi yang berhenti di depan balai polis berkenaan sebelum sebuah kereta hitam yang dipandu laju merempuh mereka.

Kereta itu dipandu bekas suami Qin yang dikenali sebagai Zhang.

Serangan itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati antara pasangan berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 6:59 AM

GAMBAR dalam bulatan menunjukkan mangsa terpelanting selepas dirempuh kereta yang dipandu laju. Gambar kanan, Zhang memukul isterinya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81172#sthash.2meI5FJc.dpuf

Jenayah pengawal peribadi terbongkar


Ampang: Seorang pengawal peribadi seorang kenamaan ditahan dan senjata api dimiliki dirampas selepas suspek didapati aktif menyamar sebagai polis untuk memeras ugut warga asing.

Suspek berusia 22 tahun itu dikesan melakukan kegiatan itu bersama seorang lagi rakannya berusia 28 tahun untuk mendapatkan wang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, dua suspek terbabit dikesan memeras ugut pasangan suami isteri warga Indonesia di Kampung Pandan di sini, jam 11.45 malam kelmarin.

Dalam kejadian itu, suspek datang ke kediaman disewa mangsa sebelum menahan pasangan itu kerana didakwa tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Menurutnya, suspek membawa pasangan suami isteri itu menaiki kereta Proton Preve berwarna putih.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 7:13 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81177#sthash.jNMggCjp.dpuf

Tendang kekasih hamil


Kuala Lumpur: Perbuatan seorang lelaki menendang perut teman wanitanya yang hamil empat bulan selepas kecurangannya ‘kantoi’ akhirnya mendapat pembalasan apabila dia didenda RM3,100 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Muhamad Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap M Annbalagan, 32, selepas tertuduh mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara dua bulan, jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, lelaki itu didakwa mencederakan N Janagi, 38, suri rumah dan merosakkan kereta Proton Wira milik wanita terbabit, jam 5.30 pagi pada 26 September lalu di stesen LRT Bangsar, di sini.

Bagi kesalahan mencederakan, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya manakala bagi kesalahan merosakkan kereta dia didakwa mengikut Seksyen 427 kanun sama.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 8:46 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81201#sthash.BiyBI25a.dpuf

Pelajar kantoi ragut wanita


Kuantan: Dua pelajar lelaki yang mengambil kesempatan cuti sekolah akibat jerebu dengan melakukan jenayah ragut akhirnya tumpas apabila ditahan polis dalam operasi khas di dua lokasi berasingan di bandar ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, suspek yang masing-masing berusia 15 dan 17 tahun ditahan di rumah mereka di Lorong Sungai Isap dan Kampung Kurnia, di sini, selepas polis memperoleh maklumat berhubung kegiatan ragut dilakukan remaja terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, dua suspek terbabit sebelum itu meragut beg tangan seorang wanita berusia 22 tahun dalam kejadian di bandar ini hingga menyebabkan mangsa kerugian lebih RM200.

“Mangsa memaklumkan kejadian itu kepada bapanya sebelum mereka terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 8:55 AM
MOTOSIKAL yang digunakan suspek.

BARANGAN peribadi milik mangsa ditemui selepas polis menahan dua remaja.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81206#sthash.Pc39abof.dpuf

87 diusir pulang


Sik: Seramai 87 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Depoh Tahanan Imigresen Belantik diusir pulang ke negara masing-masing menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, semalam.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri Mohamad Yusri Hashim berkata, semua PATI lelaki itu membabitkan 49 warga Bangladesh, Myanmar (23), Kemboja (5), Pakistan (5), India (3) dan Sri Lanka (2).

Menurutnya, mereka berusia antara 18 hingga 47 tahun itu diusir selepas selesai menjalani hukuman penjara antara tiga hingga sembilan bulan atas pelbagai kesalahan imigresen di Penjara Alor Setar, Pokok Sena dan Sungai Petani.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 8:56 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81208#sthash.esBU4NNT.dpuf

Marah adik, perkosa ipar

 Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

mohdhelmi@hmetro.com.my
Nilai: Akibat gagal membayar tunggakan bil utiliti dan sewa rumah didiaminya bersama suami dan anak-anak, seorang wanita mendakwa menjadi mangsa rogol oleh abang iparnya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Gebok, Mantin di sini, dua bulan lalu.


Wanita berusia 31 tahun itu mendakwa kejadian pertama berlaku pada 17 Julai lalu dan kejadian terakhir pada awal bulan lalu apabila abang iparnya itu dikatakan berang selepas dia dan suami didakwa tidak pernah membayar sewa serta melangsaikan bil utiliti sejak menetap di rumah berkenaan, kira-kira dua tahun lalu.

Sumber berkata, sebelum kejadian itu, suspek dikatakan sudah lama berang dengan mangsa dan suami apabila semua perbelanjaan harian dikatakan ditanggung keluarga suspek dan nenek mangsa.

Menurutnya, rumah yang didiami itu dikatakan milik nenek mangsa yang kemudian dibahagikan kepada dua iaitu satu bahagian didiami kakak mangsa yang juga isteri suspek, anak serta neneknya manakala mangsa, suami serta tiga anak mereka menetap di bahagian yang satu lagi.

“Selepas dua tahun tinggal di rumah itu, suspek mendakwa mangsa sekeluarga tidak pernah membantu menjelaskan bil air, bil elektrik serta bayaran sewa.

“Berang dengan tindakan keluarga wanita berkenaan, suspek yang berusia 40-an dikatakan bertindak memanjat bumbung rumah mangsa kira-kira jam 12 tengah malam, 17 Julai lalu sebelum merogol mangsa,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 9:18 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81220#sthash.hPBplekq.dpuf

Mungkin diculik

 Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

sitinor@hmetro.com.my
Gua Musang: Polis Kelantan tidak menolak kemungkinan tujuh kanak-kanak Orang Asli yang hilang lebih sebulan lalu itu dilarikan orang.


Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk membuat risikan di sekitar hutan berkenaan dan bandar terdekat.

Katanya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) membuat tinjauan dari rumah ke rumah dan sekitar hutan secara menyeluruh di semua pos Orang Asli di Gua Musang.

“Selain ke rumah mangsa dan kampung terdekat, kita juga membuat pemeriksaan di semua rumah di perkampungan Orang Asli.

“Kita tidak menolak kemungkinan semua mangsa dilarikan orang kerana setakat ini tidak mendapat sebarang petunjuk berhubung kehilangan mereka,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 10:23 AM

SEBAHAGIAN daripada ahli keluarga mangsa hilang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81247#sthash.xVymkd1L.dpuf

‘Bujang lapok’ lalok heroin

Oleh Fardy Bungga

fardy@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Tidak hanya digelar geng ‘bujang lapok’ malah tiga sahabat warga emas yang menetap bersama sejak usia muda dikesan berkongsi dadah sejak hampir 40 tahun lalu.


Ketiga-tiga suspek lelaki berusia 56 hingga 60 tahun itu bagaimanapun ditahan anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selepas dikesan ketagih heroin di sebuah rumah di Kampung Cheras Baru, kelmarin.

Dalam operasi ‘Ops Target’ bermula jam 11 malam itu, semua warga emas ditahan itu mengaku menagih dadah lebih 40 tahun bersama-sama.

Mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap memberitahu terpaksa bekerjasama mengambil upah atau mengemis untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah.

Walaupun pernah terpisah selepas ditahan dan dimasukkan ke Pusat Serenti, namun mereka akan tetap kembali bersatu untuk menagih dadah bersama-sama sebaik dilepaskan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 10:40 AM

Tiga sahabat yang ditahan dalam operasi AADK.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/81260#sthash.o0JQ0TAX.dpuf

Awak-awak hilang terjatuh bot


Oleh Nur Syazwana Mansor

am@hmetro.com.my


Yan: Seorang awak-awak dikhuatiri hilang selepas terjatuh dari bot di kawasan antara perairan Pulau Song-Song dan Pulau Bunting kira-kira lima batu nautika dari pesisiran pantai, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi, mangsa Mohd Khairul Azimi Dilah, 17, pergi menangkap ikan bersama 20 kru lain sebelum remaja itu disedari tiada di atas bot.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Yan, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Firdaus Bukari berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.58 pagi berhubung kejadian itu.

Menurutnya, seramai sembilan anggota bomba bersama sebuah jentera dikejarkan ke jeti Kuala Sungai Udang, di sini, untuk melakukan tinjauan.

Katanya, setakat ini usaha mencari dan menyelamat sedang dilakukan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) menggunakan bot Kilat 7 yang diketuai Bintara Muda Maritim T Sagunah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 4:37 PM


Penarik kereta cedera ditetak


Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

ekhwan@hmetro.com.my


Shah Alam: Seorang penarik kereta cedera ditetak kepala dan telinga selepas diserang sekumpulan lelaki di hadapan pangsapuri Jalan Kristal, Seksyen 7, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan ke tempat kejadian untuk menarik sebuah Perodua Viva milik seorang lelaki yang mempunyai tunggakan hutang selama lima bulan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, ketika bertemu dengan suspek, mangsa dan rakannya terus diserang menggunakan parang.

"Rakan mangsa sempat lari menyelamatkan diri sementara mangsa ditetak dan Proton Saga BLM miliknya turut dirosakkan suspek dan beberapa lagi rakannya.

"Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan dilaporkan stabil. Usaha mengesan suspek juga giat dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 3:13 PM

Penjual satay ditangkap berkhalwat


Oleh Arifin Salleh
Alor Gajah: Seorang lelaki penjual satay lelaki dan pasangannnya seorang wanita warga asing, ditangkap berkhalwat oleh kariah Masjid Kampung Londang di Masjid Tanah, di sini, 12 tengah malam tadi.

Sumber berkata, peniaga satay berusia 35 tahun dan pasangannya awal 30-an itu tinggal sebumbung seperti pasangan suami isteri, dipercayai menyewa sebuah rumah di kampung itu sejak empat bulan lalu.

Sebelum ini, lelaki terbabit dipercayai membelasah ibunya yang berusia lewat 60-an kerana menegur perbuatannya yang tinggal serumah bersama pasangannya tanpa ikatan sah.

Difahamkan, ibu lelaki terbabit sendiri memaklumkan tingkah laku anaknya kepada kariah masjid dan polis selepas dibelasah, sebelum pemeriksaan ke atas rumah di diami pasangan terbabit dilakukan.

Pasangan terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Masjid Tanah untuk diambil keterangan sebelum diserahkan kepada Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 2:37 PM


PASANGAN yang ditangkap khalwat.

12 GRO warga asing dicekup


Oleh Muhammad Apendy Issahak

apendy@hmetro.com.my


Ipoh: Polis menahan 12 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Yang Kalsom, di sini, malam tadi.


Serbuan kira-kira jam 11.45 malam itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hasil intipan, pemantauan dan maklumat awam yang diterima.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, wanita yang ditahan itu adalah 10 warga Vietnam dan dua warga China serta dipercayai bekerja sebagai GRO tanpa permit kerja yang sah.

"Wanita warga Vietnam yang ditahan adalah berusia 19 hingga 36 tahun, manakala warga China pula berusia 26 dan 37 tahun.

"Turut ditahan dalam serbuan itu adalah seorang wanita tempatan berusia 35 tahun yang dipercayai bertindak sebagai penjaga kesemua GRO berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, kesemua yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk siasatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 1:01 PM


GRO warga Vietnam dan China yang ditahan di sebuah pusat hiburan di Ipoh malam tadi. FOTO Supian Ahmad dan Mohd Nazrulaswad Hamdan

Lelaki maut digilis treler


Oleh Asmah Rusman

asmah_rusman@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Seorang penunggang motosikal berusia 25 tahun maut digilis treler di Kilometer 9.9 Lebuhraya Besraya berhampiran Sungai Besi, pagi tadi.

Kejadian jam 7.15 pagi itu dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan tayar belakang treler berkenaan ketika ketika kenderaan itu membelok ke kawasan perindustrian di situ.

Menurut Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan, lokasi kejadian mempunyai dua lorong dan kemalangan berlaku di lorong kiri.

Katanya, mangsa, Shah Rezan Saadan, 25, berasal dari Sandakan, Sabah, maut di lokasi kejadian akibat diseret dan digilis treler terbabit.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 September 2015 @ 2:21 PM

Pengubahan Wang Haram: Pegawai Polis Dipenjara Lapan Tahun, Denda RM1.75 Juta


Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 7:17 PM
- Gambar hiasan

PUTRAJAYA: Seorang pegawai kanan polis berpangkat supritendan yang didapati bersalah melakukan aktiviti pengubahan wang haram, terpaksa melalui tempoh yang lama di dalam penjara selepas Mahkamah Rayuan meningkatkan kepada lapan tahun dan mengekalkan denda, RM1.75 juta atau enam bulan penjara.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Balia Yusof Wahi selepas membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan pembebasan Azmi Osman, 60, dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang mensabitkannya atas empat pertuduhan.

Pada 2011, Mahkamah Sesyen memutuskan Azmi bersalah dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan dan dia didenda RM7.5 juta bagi kesalahan yang dilakukan antara 2002 dan 2005.

Hakim memerintahkan Azmi menjalani hukuman itu secara serentak.

Keputusan pada Selasa, Balia, mengekalkan hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan tetapi mengarahkan Azmi menjalani hukuman itu secara berasingan, bermakna dia perlu menjalani hukuman penjara selama lapan tahun.

Azmi yang dibenar diikat jamin sementara menunggu rayuannya, menjalani hukuman penjara itu mulai hari ini.

Hakim dalam keputusannya berkata tempoh penjara yang diputuskan Mahkamah Sesyen adalah jelas tidak memadai, asasnya cacat dan melanggar dasar hukuman, mengambil kira kesalahan aktiviti pengubahan wang haram adalah kesalahan serius.

Balia berkata ia membabitkan wang tunai RM3.8 juta dan nilai aset Azmi yang disita RM6 juta yang kesemuanya berjumlah RM9 juta.

Beliau bagaimanapun mengekalkan denda RM1.75 juta dan jika gagal membayar denda dikenakan penjara enam bulan.

Balia berkata Azmi melakukan kesalahan itu dari 2002 hingga 2005 dan ia tidak boleh dianggap sebagai transaksi yang sama untuk membenarkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Sementara itu, panel yang sama, dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusof dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim menolak rayuan Azmi berhubung perintah Mahkamah Tinggi mengenai notis pihak ketiga dan pelucutan harta di bawah Seksyen 55 dan 61 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Seksyen itu menyatakan mahkamah yang mengeluarkan perintah pelucutan itu hendaklah menyiarkan suatu notis yang digazetkan memanggil mana-mana pihak ketiga yang menuntut, yang mempunyai apa-apa kepentingan mengenai harta itu supaya hadir di mahkamah pada tarikh dinyatakan dalam notis itu untuk menunjukkan sebab mengapa harta itu tidak dilucutkan.

Azmi yang digantung tugas, didakwa melakukan empat kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM3.8 juta ketika berkhidmat sebagai Pegawai Turus di Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Johor.

Bekas Penuntut Kolej Dihukum Gantung Bunuh Pensyarah


Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 7:22 PM

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas penuntut Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernatics (KTAC) selepas didapati bersalah membunuh pensyarahnya, Zara Eleena Omar Peter, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap Muhammad Safwan Mohamed, 23, selepas mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Abdul Halim dalam penghakimannya berkata keterangan yang ditampilkan saksi pendakwaan sebelum ini, membawa kepada pensabitan tertuduh terhadap pembunuhan Zara Eleena.

Beliau berkata pembuktian bagi kes pembelaan tertuduh tidak mencukupi dan lebih kepada penafian semata-mata.

"Tertuduh nafi...menyebabkan kematian Zara Eleena. Beliau nafikan penglibatannya dalam kesalahan itu secara total.

"Keterangan tertuduh berbeza dengan keterangan saksi pendakwaan," kata Abdul Halim.

Tambah beliau, sebarang pembelaan mesti disokong bukti-bukti sahih yang meyakinkan tetapi dalam kes itu tiada saksi lain ditampilkan untuk menyokong pembelaan tertuduh.

Muhammad Safwan, yang memakai jersi berwarna biru, kelihatan tenang ketika keputusan dibacakan dan dia kemudian dipeluk ibu serta anggota keluarganya sejurus prosiding selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rosidah Abu Bakar sementara tertuduh diwakili peguam Muhammad Fadhli Sutris dan Shah Rizal Abdul Manan.

Seramai 32 saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pada 30 Oktober 2014, Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan Muhammad Safwan tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan membunuh Zara Eleena dan bapanya Omar Peter Abdullah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Tiga lagi rakannya iaitu Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 23, Mohamad Sharafe Matt Noh, 22, dan Azizi Aizat Ibrahim, 23, bagaimanapun tidak bernasib baik dan mereka dijatuhi hukuman mati atas tuduhan sama.

Pada 30 Julai lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan pembebasan Muhammad Safwan daripada tuduhan membunuh Omar Peter, tetapi memerintahnya membela diri terhadap tuduhan membunuh Zara Eleena, pensyarah Bahasa Inggeris di kolej berkenaan.

Bagaimanapun, rayuan Mohamad Zul Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat ditolak dan Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap mereka kerana membunuh dua beranak itu.

Muhammad Safwan, Mohamad Zul Shahril, Mohamad Sharafe dan Azizi Aizat didakwa membunuh Zara Eleena, 23, seorang kelainan upaya (OKU) antara 1.30 pagi dan 2.30 pagi pada 9 Mac 2012.

Mereka juga didakwa membunuh bapa pensyarah itu, Omar Peter, 56, pesara syarikat kewangan antara 11.30 malam, 8 Mac 2012 dan 1.30 pagi keesokannya.

Mereka dituduh melakukan pembunuhan itu di rumah dua beranak terbabit di No.
28, Jalan TK 1/11, Taman Kinrara, Puchong dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

20 Kena Tipu, Impian Tunai Umrah Tidak Kesampaian


Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 6:42 PM

KUALA LUMPUR: Impian 20 individu menunaikan umrah tidak kesampaian selepas menjadi mangsa penipuan syarikat yang menguruskan ibadah itu awal tahun ini.
Timbalan Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Dr Lee Nan Sang yang bertindak sebagai wakil kepada pengadu, Normi Mustapha, 47, mendedahkan 20 individu itu kerugian hampir RM100,000 selepas diperdaya syarikat berkenaan.
"Saya berpendapat tindakan yang dilakukan syarikat itu tidak bermoral kerana ia dilihat menipu pelanggan yang telah mengeluarkan ribuan ringgit untuk menunaikan umrah.
"Malah selepas mendapat aduan kes ini daripada pengadu, kami turut memberi peluang kepada wakil syarikat itu dengan mengatur pertemuan bersama mangsa  untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik dan membayar kembali wang berkenaan, tetapi beliau gagal hadir," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menemani wakil pengadu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, Selasa.
Nan Sang berkata, setakat ini, pihaknya telah menerima lima aduan berhubung kes sama sejak awal tahun ini.
Sehubungan itu, beliau menyarankan umat Islam yang ingin menunaikan ibadah umrah mahupun haji untuk menyemak status syarikat yang menguruskannya sama ada ia berdaftar atau sebaliknya.
Dalam pada itu, Presiden LPKPM, Datuk Seri Saharuddin Awang Yahaya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bagi mengelak lebih ramai mangsa ditipu syarikat tidak bertanggungjawab itu.
"Selain itu, saya ingin menasihatkan umat Islam supaya tidak terpedaya dengan pakej harga murah serendah RM3,000 yang ditawarkan beberapa syarikat mahupun agensi kerana pada hemat saya, pakej menunaikan umrah ketika ini berharga RM5,000 ke atas, bukannya semurah itu," katanya.
Sementara itu, mangsa penipuan syarikat itu, Normi berkata beliau tertarik membeli pakej berharga RM4,800 seorang yang ditawarkan syarikat yang beroperasi di Kuala Terengganu itu selepas diperkenalkan rakannya yang mempunyai seorang teman yang bertindak sebagai wakil syarikat itu.
"Saya menyedari menjadi mangsa penipuan setelah mereka tidak memberi tiket penerbangan dan visa yang diminta sebelum kami dijadualkan terbang ke Tanah Suci pada akhir Januari lalu," katanya sambil memberitahu kesemua 20 mangsa terlibat terdiri daripada ahli keluarganya.
"Oleh itu saya tampil membuat laporan polis berhubung kes penipuan ini memandangkan saya bersama LPKPM sudah memberi tempoh yang secukupnya kepada wakil syarikat berkenaan membayar kembali, namun beliau gagal berbuat demikian," katanya.-- Bernama

Bacaan IPU Di Palangkaraya, Indonesia Mencecah 1,800


Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 9:20 PM

JAKARTA: Keadaan jerebu di Palangkaraya, ibu kota Kalimantan Tengah, kini di tahap sangat membimbangkan apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu mencecah hampir 1,800.

Menurut laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika, bacaan IPU di kawasan itu pada pukul 5 petang waktu tempatan adalah 1,700 dan indeksnya didapati terus meningkat.

Kualiti udara di Palangkaraya sentiasa berada dalam lingkungan berbahaya sejak beberapa hari lepas dan pagi tadi bacaan IPU adalah 500.

Menurut laporan media-media tempatan, keadaan jerebu di Palangkaraya telah melumpuhkan semua aktiviti harian masyarakat dan semua sekolah telah ditutup sejak Isnin lepas selepas kawasan itu diisytiharkan darurat jerebu.

Jerebu di kawasan itu dikatakan berpunca daripada kebakaran tanah gambut di Kalimantan dan dua hari lepas keadaan dilaporkan di tahap sangat tidak sihat sebelum bertukar kepada berbahaya sejak Isnin.

Georgia Laksana Hukuman Mati Terhadap Wanita Selepas 70 Tahun


Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 1:17 PM
Kelly Gissendaner sebelum disuntik sehingga mati di penjara Georgia.

ATLANTA: Georgia melaksanakan hukuman mati kepada seorang pesalah wanita buat pertama kali di negara itu selepas 70 tahun.
Siaran televisyen tempatan, WSB-TV melaporkan, negara tersebut kembali melaksanakan hukuman mati terhadap pesalah wanita selepas 70 tahun menghentikannya.
Banduan itu, Kelly Gissendaner, 47, disahkan mati selepas diberi suntikan pada pukul 12.21 pagi di sebuah penjara di Jackson, Georgia.
Gissendaner dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah merancang pembunuhan suaminya pada 1997.
Sebelum itu, hukuman mati tersebut turut ditentang oleh pelbagai pihak yang mahu hukuman ditukarkan.
Bagaimanapun tiada perubahan dilakukan sehingga pesalah berkenaan diberi suntikan sebagai hukuman mati.

Guru diragut ketika menunggang motosikal


WARTAWAN SINAR HARIAN
Guru diragut ketika menunggang motosikal

29 SEPTEMBER 2015
Guru diragut ketika menunggang motosikal Norhayati hanya mampu terbaring selepas mengalami lebam di bahagian muka, cedera di badan, tangan, kaki kanan serta menerima sembilan jahitan di bahagian mulut. - Foto Sinar Harian

PASIR MAS - Seorang guru Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) cedera diragut dua lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Kampung Padang Tok La di sini semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa Norhayati Deris, 42, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bunut Susu dengan menunggang motosikal selepas menghadiri mesyuarat di pejabat Kemas Pasir Mas.

Ketika kejadian, Norhayati berkata, dia dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum dihampiri oleh lelaki itu yang kemudian bertindak menendangnya sehingga terbabas ke dalam semak.

"Sebelum kejadian saya ternampak kelibat lelaki bermotosikal berada di laluan berkenaan dan tidak menyangka mereka mahu meragut," katanya.

Difahamkan, motosikal yang dinaiki mangsa telah ditendang dari arah belakang oleh lelaki berkenaan sebelum terjatuh ke dalam semak.

Sebaik sahaja terjatuh, lelaki berkenaan telah bertindak mengambil beg tangan mangsa yang berada di dalam raga motosikal.

Menurutnya, kejadian itu berlaku dengan pantas tanpa sempat untuk dia mengingati dengan jelas wajah serta kejadian yang berlaku.

"Ini merupakan kali pertama saya diragut sepanjang bertugas sebagai guru Tadika Kemas selama 22 tahun," katanya.

Norhayati berkata, selain hilang dokumen penting dia turut kehilangan wang tunai RM650 yang merupakan kutipan bayaran lawatan murid-murid tabika berkenaan untuk ke Terengganu.

Ekoran kejadian itu, Norhayati yang merupakan guru Tabika Kemas Tanjong Chenak lebam di bahagian muka, cedera di badan, tangan, kaki kanan serta menerima sembilan jahitan di bahagian mulut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Haliludin Rahim ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan akan menjalankan siasatan lanjut.

Selimut: Pukul suami OKU, sembur racun serangga


ADILA SHARINNI WAHID
Selimut: Pukul suami OKU, sembur racun serangga

29 SEPTEMBER 2015
Selimut: Pukul suami OKU, sembur racun serangga Tertuduh (kiri) keluar dari mahkamah selepas perbicaraan hari kedua selesai. – Foto Sinar Harian

KOTA BHARU – Seorang lelaki orang kurang upaya yang pekak dan bisu memberitahu Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini, dia dipukul oleh bekas isterinya dengan menggunakan penyangkut baju pada lengan serta bahu.

Tidak cukup dengan itu, Mohd Bazely Mohamed, 28, mendakwa wanita terbabit, Noor Ashiqin Azmi, 26, turut menderanya dan sering menyemburnya dengan penyembur nyamuk.

“Malam itu, saya bergaduh dengan isteri sebab dia mahu mengambil selimut yang ada dengan saya. Saya kata ‘sekejap’, tiba-tiba dia dah ambil penyangkut baju dan terus memukul saya. Dia juga sembur saya dengan Ridsect,” katanya.

Noor Ashiqin berdepan dakwaan dengan sengaja menyebabkan cedera kepada mangsa dengan menggunakan penyangkut baju plastik di rumah sewa mereka di alamat Flat Hijau, Bandar Baru Kubang Kerian, di sini, pada jam 12 tengah malam, 5 November 2014.

Tertuduh mengaku tidak bersalah ketika kali pertama dihadapkan ke mahkamah pada 8 Disember 2014 dan memohon untuk dibicarakan. Hari ini merupakan hari kedua perbicaraan pada peringkat pendakwaan dengan memanggil mangsa sebagai saksi ketiga yang memberi keterangan.

Prosiding menggunakan khidmat jurubahasa isyarat untuk menterjemahkan soalan daripada pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Kelantan, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan dan peguam bela, Mohd Faizal Hazim Abdul Rahman bagi pihak tertuduh.

Mohd Bazely juga menjawab setiap soalan dengan menggunakan bahasa isyarat yang kemudiannya diterjemahkan jurubahasa itu kepada mahkamah.

Ketika disoal Mohd Syahrun berapa kali kejadian pukul itu berlaku dan mangsa memberitahu kejadian pukul tersebut kali pertama berlaku.

“Sebelum ini tidak pernah pukul, tetapi dia selalu pengang penyembur nyamuk dan akan menyembur ke arah saya termasuk ketika saya berada di dalam bilik air,” katanya.

Sementara itu, ketika disoal balas Mohd Faizal yang mendakwa mangsa pernah mengasari isterinya serta menolak tertuduh hingga keguguran sebelum kejadian pukul itu, Mohd Bazely bagaimanapun menafikannya.

“Adalah tolak sikit, tetapi tidaklah sampai terjatuh dan setahu saya dia tidak pernah mengandung. Tak ada dan saya tidak tahu pun dia mengandung,” katanya.

Mohd Faizal juga mencadangkan, tertuduh menyembur penyembur nyamuk ketika mangsa berada di dalam bilik air bertujuan supaya mangsa cepat keluar dari bilik air dan bukan mahu menderanya, namun perkara itu tidak dipersetujui mangsa kerana dia menggunakan isyarat tutup buka suis lampu jika ada orang yang mahu menggunakan tandas ketika dia menggunakannya.

Mohd Bazely pada perbicaraan itu turut mengaku menghidap penyakit sawan, namun penyakit itu menyerang pada siang hari sebelum berlaku pergaduhan dengan bekas isteri itu.

Perbicaraan di hadapan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed bersambung 24 November depan.

Rumah Adun Lunas dipecah masuk


Azman Nasrudin

29 SEPTEMBER 2015
Azman Nasrudin

SUNGAI PETANI - Rumah Adun Lunas, Azman Nasrudin, di Taman Kristal, di sini, dipecah masuk sekumpulan tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan pisau, awal pagi Isnin.
   
Azman daripada PKR berkata, kejadian berlaku kira-kira 4 pagi ketika beliau, isterinya Siti Hajar Abdullah, 42, serta empat anaknya, sedang tidur sebelum dikejutkan penyamun terbabit dan diikat serta dikumpulkan di sebuah daripada bilik rumahnya.
   
"Saya terjaga dari tidur selepas dikejutkan salah seorang penyamun, sambil sebilah pisau diacukan ke arah saya. Demi keselamatan saya sekeluarga, kami tidak melawan," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.
   
Penyamun terbabit, katanya, melarikan komputer riba milik anaknya, tablet, telefon bimbit, sedikit barang kemas dan wang tunai kira-kira RM300.
   
"Sebaik sahaja keadaan selamat dan kelibat penyamun itu tidak kelihatan, saya terus ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda kira-kira 5.30 pagi, untuk membuat laporan polis," katanya.
   
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Mohd Sabri Muhamad ketika dihubungi berkata polis sedang menyiasat kejadian itu dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan. - Bernama

Saya 'call' dia, tapi tidak berjawab..

.
NURUL ZAILA MOHD TAHIR & RUBIAH OMAR
Saya 'call' dia, tapi tidak berjawab...

30 SEPTEMBER 2015
Saya 'call' dia, tapi tidak berjawab...

DUNGUN - Tragedi meragut tiga nyawa di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa2, Kemaman, kelmarin, turut menjadikan seorang bayi berusia dua bulan, Muhammad Saif Danial Rosli, anak yatim.

Ibu bayi itu, Nur Alifah Md Yusuf, 27, seorang kakitangan Public Bank Dungun, terbunuh bersama rakan sekerjanya, Tan Lee Lee, 47, dan seorang lagi, Azuddin Deraman @ Muda, 45, apabila dirempuh sebuah kereta ketika berada di lorong kecemasan.

Ibu mangsa, Wan Norasyikin Wan Mohd Amin, 53, berkata, cucunya itu sememangnya tidak faham apa-apa tentang erti kehilangan, tetapi ahli keluarga yang melihatnya terasa amat sedih dan sayu.

Menurutnya, dia tidak menyangka anaknya yang baru sahaja dua hari memulakan kerja selepas habis tempoh berpantang, sudah pergi buat selama-lamanya.

“Arwah berpantang di rumah saya, tetapi apabila sudah mula bekerja dia bagi anaknya untuk dijaga ibu mertua kerana saya juga bekerja.

“Kali terakhir saya bertemunya pada Sabtu lalu, iaitu sehari sebelum dia bekerja. Sebelum itu dia sudah beritahu akan hadir mesyuarat di Kuantan pada Isnin.

“Bagaimanapun, dia kelihatan agak gelisah dan runsing kerana terpaksa meninggalkan anaknya yang masih kecil,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Padang Pulut, di sini, semalam.

Talian terputus

Kata Wan Norasyikin, pada malam sebelum kejadian, Nur Alifah ada menghubunginya tetapi mereka tidak sempat berbual panjang kerana tiba-tiba talian terputus.

“Dia tidak menghubungi saya semula dan apabila teringatkan dia, saya terus menghubunginya kira-kira jam 8.15 pagi, tetapi tidak berjawab.

“Naluri keibuan saya mengatakan bagai ada sesuatu yang tidak kena dan kira-kira jam 9 pagi, salah seorang menantu menghubungi saya mengatakan Ifah kemalangan dan meninggal dunia,” katanya.

Katanya, dia tidak mempercayai berita itu dan bergegas ke Hospital Kemaman untuk mendapatkan pengesahan.

“Sampai di hospital, saya melihat sendiri mayatnya. ALLAH....! Berat menerima kenyataan itu, tetapi itulah ketentuan Ilahi,” ujarnya.


Arwah sering kelihatan pucat

Wan Norasyikin berkata, anak ketiga daripada lapan beradik itu seorang yang periang dan ceria, tetapi sejak kebelakangan ini wajahnya kelihatan pucat sahaja.

“Saya sangka dia kurang makan ubat ketika berpantang sehingga menyebabkan wajahnya nampak pucat.

“Mungkin itu juga petanda yang dia akan pergi buat selamanya. Memang nampak dia agak susah hati untuk meninggalkan bayinya ketika keluar bekerja,” katanya.Menurutnya, kemalangan berlaku pada hari kedua anaknya itu bekerja selepas bercuti lama, dan tiada siapa pun menduga perkara itu akan berlaku.

“Dia kelihatan ceria bersama adik-beradik lain ketika Aidiladha baru-baru ini, dan jika berdepan masalah pun dia seorang yang tenang,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, bayi mereka tidak menunjukkan sebarang perubahan, malah tidak merengek walaupun tidak dapat menyusu susu ibunya.

“Sekarang kami terpaksa memberikan susu formula sepenuhnya. Selepas ini mungkin anaknya akan dijaga keluarga mertua tetapi kami akan sama-sama menjaga dan memberikan kasih sayang kepadanya.

“Kami harap Muhammad Saif dapat membesar dengan baik walaupun sudah kehilangan ibu,” katanya.

'Dia pergi dengan cara baik'

Sementara itu di Kuala Terengganu, Jannah Zaleha Nik, 68, ibu Azuddin, memberitahu, dia reda dengan pemergian anaknya itu dan menganggap pemergian Allahyarham sebagai seorang perwira.

“Saya bangga dengan arwah kerana dia pergi dengan cara yang baik, iaitu dalam keadaan ingin membantu orang lain, malah saya dimaklumkan dia sempat meminta maaf kepada pemandu kereta yang terlibat dengan kemalangan itu, sebelum dirempuh," katanya.

Azuddin, bapa kepada dua anak itu maut ketika membantu Nur Alifah dan Tan Lee Lee yang duduk di bahu jalan selepas kereta mereka terbabas akibat terlanggar lopak air di LPT2, sebelum sebuah lagi kereta terbabas dan merempuh ketiga-tiga mereka.

Jannah Zaleha, bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Kuala Terengganu mengakui, pemergian anak lelakinya itu cukup meninggalkan kesan dalam hidupnya.

Menurutnya, anaknya itu berubah menjadi kurang bercakap dengan adik beradik lain, sedangkan sebelum itu, dia dianggap penyeri dalam keluarga.

“Sejurus menerima berita ini daripada anak bongsu, hati saya terus terdetik, patutlah Zuddin (arwah) berperangai pelik sejak akhir-akhir ini. Rupanya Zuddin nak tinggalkan ummi buat selamanya.

“Walaupun saya masih bersedih dan amat terkejut dengan pemergiannya, saya reda kerana tahu dia milik ALLAH walaupun saya ini ibunya,” katanya sebak ketika ditemui di kediamannya di Taman Sri Intan, di sini, semalam.

Menurutnya, sejak suaminya, Draman @ Muda Abdullah meninggal dunia November tahun lalu, Azuddin banyak mengambil alih tanggungjawab menjaga adik-beradiknya.

“Sejak ayah dia meninggal, Zuddin banyak berubah. Dia lebih cakna tentang adik beradiknya berbanding sebelum ini.

“Setiap kali dia berjumpa mereka, dia akan tanya perkembangan sama ada dari segi kesihatan dan aktiviti harian mereka sedangkan sebelum ini dia jarang berbuat demikian,” katanya.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Ibrahim, iaitu bersebelahan kubur bapanya, kira-kira jam 10 malam.

Semalam, akhbar melaporkan tiga kakitangan bank maut selepas terlibat dalam nahas tragik membabitkan empat kereta akibat terlanggar lopak air dalam kejadian di Kilometer 313.9 LPT2 dekat Seri Bandi, Kijal, Kemaman.

Kemalangan kira-kira jam 8.30 pagi itu, menyebabkan Siti Nur Alifah Md Yusuf, 27, dan Tan Lee Lee, 47, yang merupakan kakitangan Public Bank Cawangan Dungun serta Azuddin, pegawai bank di Maybank meninggal dunia di lokasi kejadian.