Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintenden Azry Akmar Ayob berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Hindun Abdul Halim ditemui dalam keadaan tertiarap dengan tangannya terikat, manakala mulutnya ditutup dengan kain.
Katanya, ketika kejadian, mangsa ada bersama-sama dengan dua cucunya serta pembantu rumah warga Indonesia di rumah berkenaan.
"Perompak disyaki warga tempatan. Suspek bertopeng dengan salah seorangnya bersenjatakan pisau telah menggeledah bilik rumah mangsa.
"Sewaktu suspek sedang menggeledah bilik, pembantu rumah itu berjaya melarikan diri dan meminta pertolongan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Azry Akmar, sebaik sahaja pembantu rumah itu kembali ke rumah berkenaan, dia melihat Hindun sudah tertiarap dalam keadaan tidak bernyawa.
"Tiada sebarang kesan kecederaan pada badan mangsa. Mangsa dipercayai mati lemas akibat mulutnya ditutup dengan kain.
"Anggaran kerugian akibat rompakan ini masih belum dikenal pasti," jelas beliau.