Kuala Lumpur 27 Ogos 2015 - Mohamad Fauzi Misrak (kanan) dan Rohaimi Abd Rahim dibawa keluar dari mahkamah majistret selepas didakwa atas pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengganas di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur,Jalan Duta di sini hari ini.gambar Roy Azis Abd Aziz pemberita Umavathi,Termizi (Mahkamah Utusan,Mahkamah Kosmo)
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam itu, suspek yang berusia 27 tahun ditahan selepas tayar kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra yang dipandunya ditembak salah seorang anggota URB berkenaan.
Anggota URB itu bertindak demikian selepas suspek cuba merempuhnya dan rakan setugas ketika disuruh berhenti.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek pada mulanya melarikan diri dengan Naza Citra tersebut selepas dikejar pemilik rumah yang dipecah masuk.
“Mangsa berusia 50 tahun itu pada mulanya terserempak dengan suspek di hadapan rumahnya dan apabila ditanya suspek memberitahu bahawa dia sedang menunggu rakannya di situ.

“Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa masuk ke rumah dan mendapati perabotnya bersepah selain menyedari barangan kemas serta jam tangan berjenama yang dianggarkan bernilai RM15,000 hilang. Mangsa kemudian keluar dan mengejar suspek yang masih berada di situ namun, warga asing itu dapat melarikan diri,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Mengulas lanjut Mohamad Roy menjelaskan, semasa cuba melarikan diri, suspek turut melanggar beberapa kereta sebelum terpaksa menghentikan kenderaannya setelah laluannya terhalang oleh tiga kenderaan lain di sebuah simpang berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas.

“Akibat terperangkap, suspek bertindak mengundurkan kenderaannya dan cuba melanggar dua anggota URB yang menyuruhnya berhenti. Bagi mempertahankan diri, anggota URB terlibat melepaskan tiga das tembakan pada tayar kereta suspek dan menyebabkan suspek menyerah diri.

“Hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek, polis menemukan dua batang besi kuku kambing, empat pasang sarung tangan serta dua topeng muka yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah,” ujarnya.

Tambah Mohamad Roy, suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri serta tidak fasih berbahasa Inggeris yang menyukarkan polis untuk mengenal pasti identiti selain menyemak rekod jenayahnya.
Selain itu beliau memberitahu, pihaknya percaya suspek hanya berperanan sebagai peninjau serta mempunyai rakan lain dalam melakukan kegiatan ini. Usaha mengesan rakan suspek sedang giat dijalankan.
“Kami telah memohon untuk melanjutkan tempoh reman terhadap suspek untuk siasatan lanjut dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE