Search This Blog

Sunday, August 30, 2015

Pasangan tertipu labur faedah 12%


Suami isteri kerugian RM30,000 selepas terpedaya dengan dua skim pelaburan palsu ditawarkan seorang lelaki berusia 30-an yang juga kakitangan sebuah syarikat insurans yang menjanjikan pelbagai hadiah serta kadar faedah sehingga 12 peratus setahun.

Mangsa yang berusia 37 tahun dan mahu dikenali sebagai Su berkata, dia bersama suami berumur 46 tahun hanya menyedari diperdaya sebaik melakukan semakan di syarikat insurans itu minggu lalu.

“Kami mengenali lelaki terbabit pada 2013 dan melabur RM10,000 sebelum menambah RM20,000 bagi satu skim pelaburan baru.

“Bagi mengelak tembelangnya pecah, lelaki itu menghubungi kami memaklumkan jumlah keuntungan kononnya diperoleh hasil pelaburan. Bagaimanapun, dua bulan lalu, dia menghilangkan diri,” katanya.

Menurut Su, dia dan suami pergi ke syarikat insurans tempat lelaki terbabit bekerja, namun terkejut dimaklumkan kedua-dua skim pelaburan itu tidak wujud.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 Ogos 2015 @ 5:14 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/73937#sthash.Q2hh7fvg.dpuf

No comments:

Post a Comment