Search This Blog

Monday, August 31, 2015

OKU merajuk sampai terjatuh perigi buta



Anggota bomba mengeluarkan mangsa menggunakan tali dari dalam perigi di Kampung Tendong, Pasir Mas kelmarin.


PASIR MAS – Seorang remaja orang kelainan upaya (OKU) cedera ringan selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi buta sedalam 6.5 meter di Kampung Tendong di sini kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Fawwaz, 15, terjatuh ke dalam perigi buta itu selepas merajuk dengan salah seorang ahli keluarganya.
Difahamkan, sebelum itu mangsa membawa diri ke perigi buta yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah datuk dan neneknya selepas dimarahi kerana me­lakukan kesilapan.
Menceritakan semula kejadian ber­kenaan, Fawwaz berkata, pada mulanya dia hanya duduk di tepi telaga itu bagi menghilangkan penat selepas berjalan agak jauh dari rumah datuk dan neneknya itu.
“Tanpa disedari badan saya telah melungsur jatuh ke dalam perigi berkenaan.
“Mujurlah perigi air perigi itu kering, jika tidak saya tak tahu apa yang akan berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3kL6nxINd 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment