Search This Blog

Saturday, August 15, 2015

Meninggal dunia di atas kubur isteri

Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM


INILAH sebatang pokok getah sepanjang kira-kira 50 meter yang menghempap Zulkifli di atas kubur isterinya di Tanah Perkuburan Islam Rotan Tunggal. Kampung Melayu Sempalit, Raub kelmarin.


RAUB – Seorang bekas pengurus bank, Zulkifli Md. Taha, 66, me­ninggal dunia selepas dihempap pokok ketika membersihkan kubur arwah isterinya yang meninggal dunia 10 tahun lalu di Tanah Perkuburan Islam Rotan Tunggal, Kampung Melayu Sempalit di sini kelmarin.
Seorang saksi yang juga sepupu mangsa, Abd. Razak Mat, 54, berkata, semasa kejadian, mangsa turut bertanggungjawab menguruskan pengebumian anak saudaranya yang meninggal dunia kerana sakit jantung di kawasan perkuburan tersebut.
“Saya amat terkejut kerana sebelum kejadian mangsa kelihatan ceria malah arwah juga bersungguh-sungguh membersihkan keseluruhan kawasan tanah perkuburan berkenaan manakala yang lain menggali kubur,” katanya yang juga Ketua Kampung Melayu Sempalit di sini semalam.
Menurutnya, ketika kejadian, berlaku angin kuat dan hujan lebat yang menyebabkan sebatang pokok getah sepanjang kira-kira 50 meter tumbang ke arah mangsa.
“Saya hanya sempat menyelamatkan diri dan seorang pemuda pada mulanya berjaya menarik tangan arwah tetapi gagal menyelamatkan mangsa selepas kaki arwah tersangkut pada kubur arwah isterinya,” katanya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0815&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3ipjERquS 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment