Search This Blog

Sunday, August 30, 2015

Kepala lori terjunam dalam laut


WARTAWAN SINAR HARIAN
29 OGOS 2015Kepala lori terjunam dalam laut
Kepala lori terjunam dalam laut Mangsa yang mengalami kecederaan diselamatkan nelayan sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya.
BAGAN - Seorang pemandu lori menempuh detik-detik mencemaskan apabila bahagian kepala lori yang dipandunya terjunam ke laut dalam satu kemalangan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, lori yang dipandu oleh lelaki terbabit dipercayai telah hilang kawalan.

Menurut sumber, lori prime mover  telah hilang kawalan sebelum kepala kenderaan tersebut jatuh ke laut.

“Mangsa kemudiannya berjaya diselamatkan oleh nelayan yang kebetulan berada di sekitar kawasan itu.

“Mangsa yang mengalami kecederaan ringan kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya,” katanya.

Sementara itu, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) dalam satu kenyataannya semalam mengesahkan mengenai kekemalangan ini.

Menurutnya, hanya sebuah lori kontena yang terbabit dalam insiden itu dan tiada kerosakan barangan dilaporkan berlaku manakala operasi berjalan seperti biasa.

“Sama seperti pelabuhan lain,  kami mengambil perhatian yang sangat serius terhadap keselamatan di kawasan ini.

“Setakat ini, kami sedang menyiasat dengan lebih mendalam punca berlakunya kemalangan ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment