Search This Blog

Monday, August 17, 2015

Datuk ‘terlampau’ pukul 2 pelajar



DUA remaja yang didakwa dibelasah oleh seorang bekas pegawai polis bergelar Datuk selepas menyangka mahu menceroboh kediamannya di Seksyen 7, Shah Alam Jumaat lalu.


SHAH ALAM – Seorang bekas pegawai polis bergelar Datuk didakwa bertindak ke­terlaluan apabila membelasah dua remaja yang dikatakan mahu mengulang kaji pelajaran bersama anaknya di kedia­mannya di Seksyen 7 di sini Jumaat lalu.
Lebih malang, Datuk ber­kenaan juga dikatakan melepaskan satu das tembakan ke udara apabila mendakwa, dua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu cuba menceroboh rumah berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shafien Mamat, setakat ini polis mengesahkan kejadian tersebut selepas menerima tiga laporan polis iaitu daripada Datuk berkenaan dan dua pelajar yang berusia 17 tahun.
“Dua pelajar berkenaan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian ini dan dibebaskan selepas soal siasat.
“Bagaimanapun, sebarang maklumat lanjut pihak polis akan membuat kenyataan rasmi esok (hari ini) di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3j1jaFXWi 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment