Search This Blog

Monday, August 17, 2015

Budak mangsa buli trauma ke sekolah


KESAN kecederaan pada bahagian kanan kepala seorang pelajar yang menjadi mangsa buli rakannya di sebuah sekolah swasta di Batu 9, Kajang semalam.


KAJANG – Seorang kanak-kanak berusia lapan tahun mengalami trauma untuk ke sekolah selepas menjadi mangsa buli rakannya di sebuah sekolah swasta di Batu 9 di sini.
Ibu mangsa yang ingin dikenali sebagai Tan memberitahu, anak lelakinya itu mengalami kecederaan pada bahagian kanan kepala selepas dibaling bekas pensel oleh rakan sekelasnya gara-gara tidak puas hati diarah meletakkan semula alat tulis yang diambilnya.
Tan mendakwa, kejadian itu berlaku pukul 11 pagi Isnin lalu, namun dia tidak dimaklumkan berhubung kejadian itu sehingga dia tiba di pekarangan sekolah untuk mengambil anaknya sebaik selesai sesi persekolahan.
“Susulan itu, saya membuat satu perjumpaan de­ngan pihak sekolah dan ibu bapa rakan sekelas yang membuli anak saya sehari selepas kejadian, namun tiada kata putus yang diberikan pihak sekolah berkaitan kejadian yang berlaku.
“Saya kecewa dengan pihak sekolah tersebut ke­rana gagal mengambil sebarang tindakan khususnya tidak memaklumkan kejadian itu kepada saya,” dakwanya kepada Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3j1jyRvd2 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment