Search This Blog

Monday, August 17, 2015

Beribu-ribu penumpang pesawat terkandas di AS


17 Ogos 2015 1:23 AM
LEESBURG, Virginia 16 Ogos – Lebih 100 penerbangan ditangguhkan di Washington, Baltimore dan New York ekoran masalah teknikal yang berlaku di pusat kawalan udara di Virginia, Amerika Syarikat (AS) semalam, sekaligus menyebabkan puluhan ribu penumpang terkandas.
Portal berita Daily Mail me­laporkan, sekurang-kurangnya 140 penerbangan terpaksa dibatalkan di Washington dan Baltimore, lapor laman web trafik udara, Flightware.com dan puluhan ribu penumpang terkandas mulai pukul 9.45 pagi waktu tempatan.
Masalah tersebut berjaya diselesaikan pada pukul 4 petang waktu tempatan, namun kelewatan itu dijangka berlarutan sehingga ke petang.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) berkata, sebuah sistem komputer di sebuah pusat trafik udara di Leesburg, Virginia yang digunakan bagi mengawal ketinggian altitud pesawat kembali beroperasi selepas tujuh jam mengalami gangguan.
Agensi itu terus menjalankan siasatan terhadap punca masalah tersebut dan bekerjasama rapat dengan syarikat penerbangan bagi mengurangkan impak ke atas pelancong.
Maklumat yang di paparkan di Internet oleh FAA menunjukkan masalah yang berlaku berkaitan dengan sistem komputer En Route Automation Modernization atau dikenali sebagai ERAM.
Pemasangan sistem itu diselesaikan pada awal tahun ini di pusat kawalan terakhir - tertangguh beberapa tahun daripada jadual.
Menjelang petang, sebanyak 50 peratus penerbangan masuk dan 42 peratus penerbangan keluar telah dibatalkan di Lapangan Terbang Reagan dan kelewatan secara purata selama tiga jam, menurut laman web FlightRadar24.
Di Baltimore pula sebanyak 58 peratus penerbangan masuk dan 36 peratus penerbangan keluar dibatalkan dan kelewatan secara puratanya mengambil masa empat jam.
FAA menegaskan bahawa masalah yang berlaku itu tidak disebabkan penggodam atau kemalangan.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/beribu-ribu-penumpang-pesawat-terkandas-di-as-1.125094#sthash.A6MSTWYV.dpuf

No comments:

Post a Comment