Search This Blog

Sunday, August 30, 2015

30 ekor lembu dilarikan


YUSOF (kanan) menunjukkan kandang menempatkan 30 ekor lembu baka Brahman yang dicuri di ladangnya di Jalan Bangi Lama, Bangi semalam.


KAJANG – Seorang penternak lembu terpaksa berputih mata apabila me­ngalami kerugian sebanyak RM210,000 selepas 30 ekor lembu baka Brahman gred A miliknya dicuri sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang di sebuah ladang ternakan yang terletak di hadapan masjid Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 1 pagi itu, lapan suspek lelaki tersebut menye­rang sepasang suami isteri yang merupakan pekerja ladang sebelum me­larikan lembu berkenaan.
Menurut pemilik ladang, Yusof Yaacob, 42, beliau dimaklumkan mengenai kecurian 15 ekor lembu jantan dan 15 ekor betina dalam tempoh tiga jam itu oleh pekerjanya pada pukul 5 pagi.
Yusof berkata, sejurus tiba, beliau mendapati seorang pekerja yang dikenali sebagai Busara, 42, berada dalam kea­daan berlumuran darah akibat ditetak suspek pada kepala, kedua-dua tangan serta bahu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0830&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3kFGJDUDk 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment