Search This Blog

Saturday, July 11, 2015

Wang zakat bawah tilam tinggal abu



Makelesom (kanan) sedih melihat sisa kebakaran rumahnya di Kampung Kubang Bulat dekat Bachok semalam.


BACHOK – Hasrat seorang ibu tunggal untuk membeli pakaian raya kepada lima anaknya tidak kesampaian selepas wang zakat yang diterima hangus dalam kebakaran di Kampung Kubang Bulat dekat sini kelmarin.
Dalam kejadian pada pukul 10.45 pagi, Makelesom Setapa, 50, tinggal sehelai sepinggang manakala wang zakat pemberian orang ramai berjumlah RM880 yang disimpannya di bawah tilam di bilik tidurnya hangus menjadi abu.
Makelesom berkata, ketika kejadian, dia sedang menanam sayur-sayuran di kebun yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.
“Saya mengetahui kejadian pada pukul 11 pagi apabila dimaklumkan oleh seorang jiran yang rumah pusaka peninggalan arwah ibu bapa didiami sejak lebih 20 tahun lalu terbakar.
“Turut terbakar ialah dua buah motosikal, enjin pam air dan sedikit barang kemas yang disimpan. Ketika kejadian berlaku, anak saya Mirza, 10, orang kelainan upaya (OKU) sindrom Down, sedang tidur dan sempat diselamatkan oleh jiran,” katanya ketika ditemui di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0711&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3fWuCSind 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment