Search This Blog

Wednesday, July 8, 2015

Polis buru geng Pak Din Canai



GAMBAR empat anggota Kumpulan Pak Din Canai yang diburu polis bagi membantu siasatan kes pecah rumah iaitu (dari kiri) Amirudin, Mohd. Saiful, Norhafiza dan Wan Mohd. Asra.


KANGAR – Polis Perlis kini memburu empat anggota Kumpulan Pak Din Canai bagi membantu siasatan enam kes pecah rumah di negeri ini dan dua lagi di Kedah sejak awal tahun ini.
Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, empat suspek itu ialah Amirudin Mustafa, 34, yang turut dikenali sebagai Pak Din Canai, Mohd. Saiful Azlin Subri, 26, (Pon), Norhafiza Hasan, 24, (Fiza) dan Wan Mohd. Asra Wan Mustapha, 33, atau lebih dikenali dengan panggilan Boy.
Menurutnya, alamat terakhir mereka adalah di Simpang Empat di sini manakala Amirudin yang merupakan ketua kumpulan berkenaan dipercayai anak kepada seorang peniaga roti canai.
“Mereka akan memulakan operasi pada pukul 9 pagi hingga 3 petang semasa pemilik kediaman tiada di rumah. Namun, tiada sebarang kecederaan dan kematian yang dilaporkan,” katanya pada sidang akhbar khas di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3fFLzgl8o 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment