Search This Blog

Wednesday, July 8, 2015

Patah bahu kiri dihempap pokok

Kuala Terengganu: “Keadaan menjadi kelam-kabut dan kami bertempiaran menyelamatkan diri,” kata Nurul Nur Afiqah Mohammad, 14, yang patah bahu kiri selepas dihempap pokok gelang tumbang dalam kejadian ribut di Kampung Manir, kelmarin.
Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram berkenaan, kejadian jam 6.30 petang itu, hampir meragut nyawanya dia dan sembilan saudara yang berniaga kuih penganang selepas beberapa batang pokok di kawasan tempat mereka berniaga tumbang seakibat dilanda angin ribut kencang.
Katanya, kejadian itu berlaku tiba-tiba menyebabkan dia dan saudaranya bertempiaran menyelamatkan diri di kawasan terlindung.
“Saya berlari menuju arah motosikal sebelum pokok gelang setinggi tiga meter di bahu jalan tumbang dan menghempap belakang badan saya dan seorang lagi saudara yang berdekatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Julai 2015 @ 8:48 AM


NURUL Nur Afiqah yang patah bahu kiri.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62586#sthash.Qru2Njvp.dpuf

No comments:

Post a Comment