Menurut kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini, mereka termasuk pelajar.
"Kebanyakan pelajar telah pulang ke Malaysia sempena cuti semester. Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta melalui Pejabat Education Malaysia Jakarta sentiasa berhubung dengan wakil pelajar," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Luar sedang memantau aktiviti letusan gunung di Banyuwangi, Jawa Timur itu yang terletak kira-kira 120 kilometer dari Bali.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di talian 00 62 215224947 sambungan 3201 (waktu pejabat) atau 00 62 87877226433 (selepas waktu pejabat).
Pegawai bertugas Kementerian Luar juga boleh dihubungi di talian 03-88874570 atau 03-88874770.- BERNAMA