Search This Blog

Sunday, July 12, 2015

Bas RapidPenang rempuh kedai, dua cedera



SEBUAH bas RapidPenang terbabas lalu merempuh sebuah rumah kedai dua tingkat di Lebuh Chulia, Pulau Pinang pada jam 9.35 malam tadi. Dua daripada empat penumpang bas berkenaan cedera. - Foto Mikail Ong
GEORGETOWN: Sebuah bas RapidPenang merempuh sebuah rumah kedai di Lebuh Chulia di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu, pemandu bas terbabit hilang kawalan lalu melanggar tiang tengah rumah kedai berkenaan, menyebabkan sebahagian daripada kenderaan itu terperosok dalam premis berkenaan.
Kejadian itu menyebabkan dua daripada empat penumpang cedera ringan dan mereka dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.
Difahamkan, bomba terpaksa menunggu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk tindakan susulan kerana kerja mengeluarkan bas berkenaan dibimbangi boleh menyebabkan premis itu runtuh.

No comments:

Post a Comment