Search This Blog

Sunday, July 12, 2015

Alhamdulillah...atuk Ibrahim selamat

Ibrahim ditemui 9 pagi tadi. FOTO Amir Afiq Nor Azman
Alor Gajah: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang sejak jam 8 pagi semalam, ditemui di pinggir hutan di Jalan Datuk Nelo, belakang Masjid Durian Daun, Masjid Tanah, di sini, 9 pagi tadi.
 Ibrahim Ahmad, 87, menghidap penyakit nyanyuk dikatakan keluar dari rumah selepas anak lelakinya Djamalludin Ibrahim,53, yang menemaninya pada sebelah malam, keluar bekerja pada 6.30 pagi.
Warga emas itu ditemui penduduk kampung, duduk dalam lopak berlumpur sambil berpaut pada anak pokok.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Muhammad Ismail Muhammad Yusuf berkata mengesahkan penemuan itu.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 4:24 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63705#sthash.sPMAtjUG.dpuf

No comments:

Post a Comment