Search This Blog

Sunday, July 5, 2015

24 lagi jenazah etnik Rohingya dikebumi



SEBANYAK 24 keranda mengandungi jenazah etnik Rohingya dari Myanmar yang ditemui di kem tahanan Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis pada Mei lalu disusun sebelum dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang, Pokok Sena semalam.


ALOR SETAR – Sebanyak 24 jenazah etnik Rohingya dari Myanmar yang ditemui di kem tahanan Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis pada Mei lalu dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tualang, Pokok Sena di sini semalam.
Kesemua jenazah yang terdiri daripada 23 lelaki manakala satu lagi tidak dapat dikenal pasti jantina itu merupakan kumpulan ketiga mangsa pemerdagangan manusia yang disemadikan di tanah perkuburan tersebut.
Proses pengebumian di dalam satu liang lahad itu bermula pada pukul 1 pagi dan selesai dilakukan kira-kira dua jam kemudian menjadikan 75 daripada 106 jenazah telah dikebumikan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3eyKIb1z0 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment