Search This Blog

Sunday, July 12, 2015

10 rumah musnah

Kebakaran di Jalan Dato’ Senu 26, Kampung Chubadak Tambahan, Sentul, petang tadi. FOTO Intan Mas Ayu Shahimi
Kuala Lumpur: Sepuluh rumah di Jalan Dato’ Senu 26, Kampung Chubadak Tambahan, Sentul, di sini, musnah dalam kebakaran 4.30 petang tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.38 petang dan tiba di lokasi 12 minit kemudian.
Menurutnya, seramai 45 anggota bomba daripada Balai Bomba Sentul, Gombak Selatan, Setapak, Keramat, Hang Tuah, Cheras dan Jinjang ke lokasi kejadian.
“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih disiasat," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2015 @ 6:28 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63709#sthash.xcbW7JtR.dpuf

No comments:

Post a Comment