Search This Blog

Friday, July 31, 2015

Banjir kilat, tanah runtuh

Bayan Lepas: Hujan lebat yang berlarutan tanpa henti sejak lebih sejam lalu mengakibatkan berlakunya kejadian tanah runtuh serta banjir kilat di Jalan Teluk Kumbar-Bayan Lepas berdekatan Saujana Height di sini, pagi tadi.
Kejadian 9 pagi itu mengakibatkan laluan berkenaan tidak dapat dilalui berikutan tanah runtuh yang melintangi jalan.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada
9.41 pagi dah tiba dilokasi kejadian 10 minit kemudian.
Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan yang dilaporkan dan operasi selanjutnya kemudian diserahkan kepada pihak polis dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
Menurutnya, operasi berkenaan tidak membabitkan mangsa, sebaliknya hanya membabitkan kenderaan tidak boleh melalui jalan berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 12:19 PM


KEADAAN banjir kilat dan tanah runtuh di Jalan Teluk Kumbar-Bayan Lepas. FOTO ihsan bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67347#sthash.4zjftekt.dpuf

Dituduh bunuh jurutol

Maran: Lelaki dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, atas pertuduhan membunuh jurutol wanita di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), dekat sini, pada hari kedua Aidilfitri lalu.
Tertuduh, Norhalis Mohamad Zaid, 29, dari Bandar Almuktafi Billah Shah, Terengganu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Syafiqah Noorinda.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
Mengikut pertuduhan, Norhalis didakwa membunuh Noor Salwana Wahab, 28, yang bertugas dengan pengendali lebuh raya di Sepang di Kilometer 163 LPT, dekat sini, 9.20 pagi, 18 Julai lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ain Fadilla Md Ali.
Manakala tertuduh diwakili oleh peguam Bob S Arumugam.
Kes disebut semula pada 7 September depan.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 12:31 PM


TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Maran. FOTO Luqman Hakim Zubir
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67363#sthash.w7VN7DV9.dpuf

Tiga polis cedera dalam serangan bom di selatan Thailand

Narathiwat: Tiga anggota polis cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka terkena serangan bom di daerah Cho Airong di sini, kelmarin.
Kejadian berlaku ketika ketiga-tiga anggota polis itu dalam perjalanan mengiringi beberapa guru sekolah pulang ke rumah.
Jurucakap polis berkata, bom meletup ketika kenderaan mangsa melalui jalan Ban Ya Ning di kampung Moo 2 di Juab.
Ketiga-tiga anggota polis itu cedera pada badan dan muka akibat terkena serpihan bom dan dirawat di Hospital Naradhiwas Rajanagarindra.
Katanya, bom itu dipasang dalam silinder gas seberat 20 kilogram yang disorok berhampiran satu papan tanda kira-kira 200 meter dari sekolah.
Bom itu dipercayai diletupkan menggunakan alat kawalan jauh apabila kenderaan polis menghampiri papan tanda berkenaan.
Polis percaya serangan bom itu dilancarkan kumpulan pemisah.
Keganasan yang melanda selatan Thai kerana menuntut pemisahan sejak 2004 lalu menyebabkan lebih 5,000 orang terbunuh. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 6:51 AM


KEADAAN kereta polis yang rosak akibat terkena serpihan bom.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67206#sthash.DLLHXSKh.dpuf

Lagi lif ragut nyawa

Beijing: Seorang wanita mati tersepit dalam satu kemalangan lif di Zhejiang pagi semalam.
Ia kes terbaru membabitkan kematian akibat penggunaan lif dan eskalator di China.
Isnin lalu, seorang wanita mati selepas tersepit dengan kepalanya di dalam lif dan badannya di luar di bandar Wuxi di wilayah Jiangsu, timur China.
Mayatnya hancur apabila pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian.
Sebelum itu, seorang ibu ‘ditelan’ oleh eskalator di Hubei Ahad lalu dan seorang kanak-kanak pula cedera selepas tersepit dalam tangga berjalan, kelmarin.
Dalam kejadian semalam, wanita berusia 21 tahun itu dilapor memasuki lif di tingkat 16 sebuah apartmen di bandar Hangzhou apabila lif itu tiba-tiba naik, menyebabkan kepala mangsa tersepit di dalam sementara badannya di luar.
Anggota penyelamat berkata, kepala wanita itu terperangkap di tingkat 17 sementara badannya di tingkat 16.
Berikutan kejadian itu, perkhidmatan kedua-dua lif di apartmen itu dihentikan.
Seorang penduduk berkata, penghuni apartmen yang dibina pada 1990-an itu sudah sekian lama menghadapi masalah dengan lif itu.
“Kadang kala pintu lif itu enggan tutup. Ada kalanya ia tidak terbuka,” kata penduduk itu.
Pihak pengurusan apartmen baru-baru ini mengeluarkan notis menyatakan mereka membaiki lif itu hujung tahun lalu.
China menduduki tangga teratas dalam penggunaan dan pengeluaran lif dan eskalator. Menjelang akhir 2014, negara itu mempunyai 3.6 juta lif dan eskalator yang digunakan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 6:52 AM


ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat wanita yang terperangkap dalam lif di Zhejiang.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67208#sthash.UiS9BW5h.dpuf

Hilang selepas bermain basikal

Melaka: Remaja dan kanak-kanak dipercayai hilang ketika bermain basikal di sekitar rumah mereka di Jalan Sekolah Tambi Chek Karim, Masjid Tanah, sejak 3 petang semalam.
Remaja bernama Akmal, 14, dan Muhammad Darieus Ieman, 8, berjiran, dikatakan keluar rumah untuk bermain basikal pada 3 petang, namun tidak pulang sehingga kini.
Ibu kepada Muhammad Darieus, Junariah Roslin ketika dihubungi berkata, anak jirannya Akmal datang ke rumahnya mengajak Muhammad Darieus bermain basikal di sekitar rumah mereka, namun kedua-duanya gagal dikesan.
"Biasanya mereka bermain basikal di depan rumah saja, jadi saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku.
"Saya tunggu sehingga 7 malam masih tidak pulang dan mula mencari pada 8 malam sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Masjid Tanah pada 10 malam tadi," katanya ketika dihubungi.
MUHAMMAD Darieus tidak pulang ke rumah bersama seorang remaja (jiran) Akmal. FOTO ihsan keluarga
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 1:36 PM


MUHAMMAD Darieus tidak pulang ke rumah bersama seorang remaja (jiran) Akmal. FOTO ihsan keluarga
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67382#sthash.lXisvM4C.dpuf

Kedai dobi terbakar

Oleh Azma Razana Johari

am@hmetro.com.my


Butterworth: Pengusaha dobi berputih mata selepas kedainya di Jalan Kampung Gajah, di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 2.30 pagi tadi dan musnahkan tingkat bawah bangunan kedai tiga tingkat berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.32 pagi dan kemusnahan sebanyak 80 peratus.

"Kebakaran berkenaan memusnahkan bahagian bawah kedai berkenaan yang menempatkan mesin pengering dan longgokan baju.

"Punca dan kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 1:40 PM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67384#sthash.RTjSKb7L.dpuf

Musim Panas, Jerebu Resahkan Penduduk Riau


Diterbitkan: Jumaat, 31 Julai 2015 11:19 AM
Jarak penglihatan turun sehingga 800 meter pada masa-masa tertentu di Riau kerana cuaca panas.

PEKANBARU: Musim panas berpanjangan meningkatkan jumlah kawasan kebakaran atau titik panas sekali gus meresahkan penduduk Riau apabila wilayah itu dilanda jerebu.
Lebih memburukkan keadaan apabila hujan jarang turun, manakala usaha memadam api hutan masih giat dijalankan.
Pengarah Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia, Sugarin berkata, pada pagi Khamis sahaja terdapat 140 titik panas yang dikesan di wilayah berkenaan.
“Data daripada alat pemantau udara di stesen Pekanbaru mendapati kualiti udara berada di tahap tidak sihat.
"Di wilayah Sumatera pula, pihaknya mengesan 326 titik panas di beberapa daerah,” katanya.
Selain itu, katanya, pihaknya memantau enam titik panas di Bengkulu, Jambi (51), Sumatera Selatan (42), lapan di Lampung, tiga di Sumatera Utara, dua di Sumatera Barat serta 186 di Riau.
Sugarin menambah, jerebu tebal yang berlaku juga menyebabkan jarak penglihatan di Pekanbaru merosot kepada 800 meter.
“Di Dumai, jarak penglihatan masih baik iaitu lima kilometer, Pelalawan tiga kilometer, sementara Rengat empat kilometer,” kata Sugarin. 

Koma selepas jatuh dari bumbung

Koma selepas jatuh dari bumbung
Lelaki yang disyaki cuba masuk ke rumah tersebut masih belum sedarkan diri di HTAR dan dipercayai kurang siuman.

Difahamkan, lelaki berkenaan yang hanya memakai seluar pendek terpaksa menyorok hampir 20 minit di celah-celah bumbung bagi mengelakkan dirinya daripada dicekup.
Orang ramai yang turut menyedari insiden tersebut mula berkerumun di halaman rumah dua tingkat milik individu berpangkat Datuk tersebut.
Salah seorang jiran yang enggan dikenali berkata, dia menyedari kejadian selepas rakannya itu memanggilnya untuk mendapatkan bantuan.
“Saya mulanya memang terkejut dan tak sangka bila nampak lelaki dalam usia 30-an ada atas bumbung, apatah lagi dalam keadaan tak pakai baju, cuma berseluar pendek sahaja. Dia cuba sembunyikan diri dengan menyorok di celah-celah bumbung.
"Kami terpaksa ambil masa beberapa minit dengan menyuluh ke atas bumbung bagi mengarahkannya turun,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Pihak polis dan pengawal keselamatan yang tiba dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam itu, kemudian turut memanjat ke atas bumbung bagi mendesak lelaki tersebut turun.
Bagaimanapun dipercayai tindakan itu sia-sia selepas dia cuba bergelut.
Tambahnya, pergelutan beberapa minit tersebut menyebabkan lelaki berkenaan terjatuh.
“Hentakan kuat pada kepala menyebabkan dia dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan dilaporkan masih koma.
"Saya turut dimaklumkan, lelaki yang berada di bumbung itu bukanlah penduduk dari kawasan ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, siasatan awal mendapati lelaki berkenaan dipercayai kurang siuman dan masih belum sedarkan kiri akibat pendarahan di kepala.
Beliau berkata, bagaimanapun, pihaknya akan siasat dari pelbagai aspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Mayat dihurung tebuan

Mayat dihurung tebuan

KEMAMAN – Misteri bau busuk dan kehilangan seorang pemanjat kelapa selama dua hari terungkai apabila mayatnya ditemui dalam keadaan dihurung tebuan selepas dipercayai terjatuh dari puncak pokok kelapa setinggi 20 meter dalam kejadian di Kampung Jong Berlabuh, di sini.

Mayat mangsa, Faizal Aziz, 38, dijumpai kira-kira jam 7 petang kelmarin oleh seorang remaja yang diminta oleh jirannya untuk memeriksa kawasan sekitar pokok kelapa di hadapan rumahnya setelah terlihat tali terjuntai dari puncak pokok itu hingga ke bawah.

Bagaimanapun, Mohd Syafiq Iqbal Mohd Asri, 14, terkejut apabila melihat sekujur tubuh kaku manusia yang dalam keadaan separuh merangkak berdekatan kawasan pokok kelapa itu yang dipenuhi lalang.

Bapa remaja itu, Mohd Asri Mustafa, 50, berkata, sejurus menjumpai mayat mangsa, anaknya itu segera menghubunginya sebelum dia yang dalam perjalanan pulang dari kerja segera ke tempat penemuan mayat itu yang sudah pun berbau.

“Ketika saya lihat, mayat dah bengkak dan tidak jauh daripadanya terdapat sebiji buah kelapa muda yang sudah pecah.

“Mungkin buah kelapa itu tercabut dari tandan semasa arwah pegang buah itu ketika berada di atas puncak pokok hingga arwah juga jatuh sekali. Berdasarkan keadaan tali yang sudah diikat, mangsa memang sudah sampai ke puncak dan ikat tali untuk turunkan tandan-tandan buah kelapa muda,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Penemuan mayat mangsa itu menjawab tanda tanya yang bermain dalam kepalanya kerana ketika tiba di rumah pada jam 12 tengah malam sehari sebelum arwah ditemui, dia tercium bau busuk sebelum terdengar suara binatang liar yang agak kasar.

Ekoran itu, dia mengambil sebiji batu dan membaling ke arah hadapan rumahnya untuk menghalau haiwan liar berkenaan.

“Mungkin itu isyarat daripada haiwan liar bahawa ada mayat manusia di hadapan rumah saya. Jarak antara rumah saya dengan tempat mangsa ditemui tak sampai 100 meter,” katanya yang mesra membahasakan dirinya dengan nama Pok Awang.

Katanya, mangsa yang merupakan anak sulung daripada 10 beradik dan bekerja mengambil upah memetik kelapa muda sejak 20 tahun lalu adalah seorang pemuda yang baik dan mudah menghulur pertolongan jika ada penduduk memohon bantuan.

Insiden itu ibarat dugaan bertimpa buat keluarga mangsa kerana kedua-dua orang tuanya ketika ini sakit, malah bapanya juga dalam proses untuk melakukan pembedahan di bahagian perut.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Normansah Din berkata, bedah siasat yang dilakukan mendapati mangsa meninggal dunia disebabkan jatuh dari kedudukan tinggi.


“Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah meninggal dalam tempoh dua hari dan kes ini tidak libatkan sebarang unsur jenayah. Jenazah dituntut jam 5 petang hari ini (semalam),” katanya.

Geng Dhinesh Puchong tumpas

Geng Dhinesh Puchong tumpas
Kereta mewah yang berjaya ditemui semula selepas dicuri kumpulan tersebut


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, ini susulan kejayaan anggota  dari Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) yang menahan dua lelaki dalam keadaan mencurigakan di kawasan perumahan Persiaran Zaba, TTDI, Kuala Lumpur.

Menurutnya, tangkapan kira-kira jam 4 pagi tersebut mendapati salah seorang suspek mempunyai rekod dikehendaki.

“Soal siasat kemudian mendedahkan pembabitan tiga lagi rakannya dalam beberapa kes pecah rumah.

“Bertindak atas maklumat, polis kemudian menahan tiga rakan suspek di sekitar Shah Alam, dua hari kemudian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam dekat sini, semalam.

Shafien berkata, tiga buah kereta jenis Mercedes, Audi dan BMW  dirampas serta beberapa barang kes seperti iPad, tiga buah komputer riba, 20 telefon bimbit, enam utas jam tangan serta beberapa peralatan pecah rumah yang kesemuanya dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta.

Selain itu, beliau turut mendedahkan, geng yang bergiat aktif pada waktu malam sejak awal tahun ini bergerak secara berkumpulan dengan menaiki motosikal di kawasan-kawasan taman perumahan.

“Bila sudah temui sasaran, suspek yang bersenjatakan parang akan memanjat tembok belakang rumah dan masuk ke dalam dengan cara memotong kunci mangga serta mengumpil pintu grill. Selain mengambil barang dalam rumah, suspek turut membawa lari kereta yang
diletakkan di hadapan rumah tersebut.

“Dengan tertumpasnya kumpulan ini, pihaknya percaya sudah menyelesaikan 10 kes pecah rumah, curi kenderaan dan curi dalam kereta di daerah Shah Alam serta Subang Jaya.

“Kini, kesemua suspek yang berusia 20 hingga 27 tahun masih direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 457/379A Kanun Keseksaan,” katanya.

Mangsa kemalangan rempuh pokok meninggal dunia

Mangsa kemalangan rempuh pokok meninggal
Bapa mangsa, Harun Abd Aziz memegang tangan anaknya ketika anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta.

BESUT -  Selepas bertarung nyawa selama tiga hari setelah menjadi mangsa kemalangan jalan raya apabila  kereta yang dipandu terbabas sebelum melanggar pokok, seorang lelaki yang koma akibat kejadian itu meninggal dunia awal pagi kelmarin.

Azuan Harun, 24, yang mengalami kecederaan parah di kepala meninggal dunia jam 1.10 pagi di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) , Kuala Terengganu. 

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled  Che  Lah berkata, mangsa yang belum berkahwin cedera parah apabila kereta Proton Satria yang dipandunya merempuh sebatang pokok di Jalan Lata Tembakah, Hulu Besut di sini pada jam 2.30 petang Ahad lalu.

Menurutnya, kemalangan dikatakan berlaku ketika mangsa memandu seorang diri dari rumahnya di Kampung Batu 13, di sini ke arah Hutan Lipur Lata Tembakah namun apabila tiba di tempat kejadian kereta dipandunya hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di sebelah
kiri jalan.

“Anggota bomba dan penyelamat terpaksa memotong kenderaan  tersebut bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit kemudian mangsa dikejarkan ke Hospital Besut,” katanya.

Khaled berkata, mangsa kemudian dirujuk ke HSNZ dan selepas tiga hari mendapatkan rawatan di sana, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.

Menurut Khaled, pihaknya sedang menjalankan siasatan punca kejadian sementara kereta mangsa remuk teruk.

Warga emas hilang sebulan lalu


WARTAWAN SINAR HARIAN
31 JULAI 2015
Warga emas hilang sebulan lalu

Warga emas hilang sebulan lalu Abd Rahman

KOTA BHARU - Seorang warga emas dilaporkan hilang sejak lebih sebulan lalu di sebuah ladang sawit di Gua Musang selepas keluar dari kediamannya di Jalan Lundang di sini.

Mangsa, Abd Rahman Osman, 60 dikatakan keluar dari rumahnya pada 15 Jun lalu secara berseorangan ke ladang miliknya dengan memandu kereta bersendirian bagi meninjau keadaan di kawasan berkenaan.

Walau bagaimanapun mangsa dilaporkan tidak pulang ke kediamannya dan ekoran keadaan tersebut, anaknya berusia 33 tahun telah membuat laporan polis pada hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian.

Menurutnya, anak mangsa yang risau dengan keadaan bapanya terus membuat laporan polis untuk mengesan bapanya itu.

“Namun sehingga kini, bapanya masih belum ditemui walaupun mangsa telah membuat pemeriksaan di ladang sawit milik bapanya.

“Setakat ini kita masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan mangsa yang hilang,” katanya.

Rohaimi memberitahu, sekiranya orang ramai mempunyai maklumat atau pernah terserempak dengan mangsa tersebut supaya dapat menghubungi segera balai-balai polis terdekat untuk siasatan lanjut.

Bagai sudah tahu ajal menjemput


WARTAWAN SINAR HARIAN
Bagai sudah tahu ajal menjemput

31 JULAI 2015


KUALA PILAH - “Andai eck (esok) aq (aku) pergi…aq (aku) ingin mntk maaf…mntk ampun at korang semua…lgi2 org yg aq syg…eck (esok) ble aq (aku) xde korang tlg sedekah al-fatihah untk aq (aku) ye…and doa kan aq (aku) sentiasa brade di kalangan org2 y beriman ye…”.

Itu kata-kata terakhir mangsa kemalangan maut, Muhammad Hazany Zham Hazmy, 17, di aplikasi Wechat miliknya.

Kata-kata itu dimuat naik waktu pagi sebelum mangsa kemalangan jalan raya bersama sahabat karibnya, Ahmad Nor Asri Mohd Nor, 15 di Kilometer 32 Jalan Seremban-Kuala Pilah berhadapan kedai makan D’Bamboo, Tanjung Ipoh jam 5.45 petang kelmarin.

Difahamkan, Allahyarham Ahmad Nor Asri baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 20 Julai lalu.

Bagi bapa kepada mangsa Ahmad Nor Asri, Mohd Nor Sumia, 50, selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang kampung jam 6.15 petang, dia bergegas ke lokasi kejadian bersama rakan sekerja dari Pekan Pilah.

“Hati saya sudah berdebar-debar selepas terima panggilan. Bila tiba di lampu isyarat Ampang Tinggi, jalan jem. Memang kenderaan tidak boleh bergerak. Saya nekad terus keluar dari kereta rakan, berlari sejauh kira-kira dua kilometer untuk pergi ke tempat kemalangan. Memang waktu itu, saya hanya fikirkan anak saya.

“Bila lihat kain putih menutup mangsa, luluh hati saya, dan memang tidak diduga, bila singkap kain putih, betul itu anak saya. Saya tidak terkata, hanya mampu melihat Asri terbaring di atas jalan raya,” katanya ditemui di perkarangan bilik mayat Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), semalam.

Kata Mohd Nor yang lebih mesra dipanggil Alang, Allahyarham keluar rumah petang kelmarin dalam keadaan tergesa-gesa, namun sempat menoleh ke belakang melihat muka ibunya, Zainun Mansor, 44.

“Mungkin dia dapat rasa, dia akan pergi. Jadi dia sempat menoleh melihat muka ibunya sebelum keluar bersama rakan karibnya, Muhammad Hazany. Arwah merupakan anak bongsu tiga beradik. Kakaknya berusia 23 tahun dan abangnya, berusia 21 tahun. Masing-masing melanjutkan pelajaran dan hanya tinggal arwah sahaja di rumah.

“Memang saya rapat dengan arwah. Arwah pun suka tolong orang, kalau ada kenduri-kendara di kampung, dia akan bantu mana yang patut. Semua orang kampung kenal arwah dek sikap rajinnya itu. Dia pun, kalau waktu subuh, sering pergi ke masjid,” katanya.

Namun kata Mohd Nor, dia tetap reda di atas pemergian anak kesayangannya itu kerana ALLAH SWT lebih menyayanginya.

Kedua-dua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahat di Tanah Perkuburan Kampung Talang sebelum solat Zohor selepas disolatkan di Masjid Kampung Talang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Azmi Abdul Rahim berkata, mangsa dalam perjalanan dari pekan Kuala Pilah ke rumah masing-masing di Kampung Kok Talang, Tanjung Ipoh.

“Setibanya di lokasi kejadian, penunggang dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain di hadapannya namun gagal memotong dan bergesel dengan kenderaan terbabit.

“Kedua-dua mangsa jatuh dan pada masa yang sama sebuah kereta dipercayai sebuah Perodua Myvi dari arah sama melanggar mangsa. Myvi itu telah meninggalkan lokasi selepas kemalangan.

“Kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius di bahagian kepala,”katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abd Samad.

“Kedua-dua mayat mangsa di hantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini, untuk dibedah siasat jam 9 pagi semalam.

“Selesai bedah siasat, jenazah diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.

Bagaimanapun, kata Azmi, meminta orang ramai yang melihat kejadian itu supaya menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.

“Saksi kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai penyiasat, Inspektor Kusmass Enos, cawangan trafik Ibu Pejabat Polis Kuala Pilah di talian 06-4842222 bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Akses hanya kepada media, bukan polis Malaysia

Isu 1MDB: Bekas pekerja PetroSaudi ditahan polis
Justo ditahan polis Thailand.

Dia dikunjungi banyak pelawat selain peguamnya, tetapi tidak dibenar berjumpa polis, kata ketua polis Thailand Somyot Poompanmoung.

Somyot berkata, peguam suspek berhak membawa sesiapa sahaja berjumpa Justo.

"Jadi, seseorang pemberita mungkin boleh berjumpa Justo melalui peguamnya," kata beliau apabila ditanya bagaimana The Straits Times Singapura boleh menemu bual Justo baru-baru ini, tetapi polis Malaysia tidak dapat berbuat demikian.

"Saya tidak tahu tentang perkara ini (temu bual dengan The Straits Times), tetapi sekiranya media pergi ke sana, mereka mungkin pergi dengan peguam suspek, dan polis tidak terlibat," katanya.
Beliau berkata polis Malaysia tidak diberi akses untuk berjumpa Justo kerana dia bukan rakyat Malaysia dan tidak melakukan kesalahan di Malaysia. 

Polis Malaysia perlu menggunakan saluran sewajarnya - melalui Kementerian Luar - untuk menyoal siasat Justo, kata Somyot.

Ketua polis itu berkata beliau dimaklumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 23 Julai bahawa berdasarkan pengamatan awalnya tentang keadaan ketika ini, adalah mustahil polis Malaysia akan dibenarkan menyoal siasat Justo.

"Sekiranya kerajaan atau polis Thailand membenarkan polis Malaysia menyoal siasat Justo, kami mungkin dikritik kedutaan Switzerland," katanya.

Mengenai bilakah Justo akan dituduh di mahkamah, Somyot berkata perkara itu terserah kepada para pegawai penyiasat.

Justo berada dalam tahanan pihak berkuasa Thailand sejak 22 Jun. - Bernama

Ahli Kongres AS rasuah, enggan letak jawatan

Ahli Kongres AS rasuah, enggan letak jawatan
Chaka Fattah


Namun Chaka Fattah, 58 dalam satu kenyataan menafikan penglibatannya dalam sebarang aktiviti penyalahgunaan wang rakyat dan menegaskan tidak akan  meletakkan jawatan.

“Sebagai wakil rakyat yang dipilih, saya tidak pernah terlibat dalam mana-mana aktiviti haram atau penyalahgunaan wang pembayar cukai.

“Ini tidak akan menghalang khidmat saya kepada rakyat yang memilih saya dan saya yakin akan dapat dibersihkan daripada dakwaan ini,” katanya.

Malah Chaka Fattah kelihatan tersenyum riang ketika meninggalkan pejabatnya petang semalam.

Walaupun bertegas untuk kekal pada jawatannya, namun Chaka Fattah mengesahkan telah mengundur diri dari Jabatan Kehakiman Demokrat.

Dakwaan itu melibatkan pemberian rasuah, penipuan mel, pemalsuan rekod, penipuan bank, penggubahan wang haram, membuat kenyataan palsu kepada institusi kewangan serta beberapa jenayah lain.

Antara lain yang turut didakwa adalah pelobi dari Florida, Herbert Vederman; seorang pengarah dari kawasan Chaka, Bonnie Browser; Robert Jenama dari Philadelphia dan Karen Williamstown dari New Jersey.

Pendakwaan menyebut Chaka telah gagal dalam kempen untuk datuk bandar Philadelphia pada tahun 2007, ahli kongres itu telah meminjam USD 1 juta daripada seorang penyokong yang kaya mengaburi pinjaman itu sebagai pinjaman kepada syarikat perunding.

Bahagian Kehakiman berkata, selepas tewas dalam pilihanraya itu, Chaka membayar kembali USD 400,000 kepada pemberi pinjaman dan mewujudkan untuk satu entiti yang bukan berasaskan keuntungan untuk membayar balik baki menggunakan dana-dana bantuan amal dan geran persekutuan yang melalui dua syarikat lain.

Bagi menyembunyikan sumbangan dan skim pembayaran balik itu, defendan dan yang lain mewujudkan kontrak-kontrak palsu dalam rekod perakaunan, penyata cukai dan mendedahkan kenyataan kewangan kempen itu.

 Malah Chaka Fattah turut dituduh menggelapkan dana daripada kempen-kempen datuk bandar dan kongres bagi membayar balik hutang anak lelakinya sebanyak USD 23,000 berkaitan penipuan terhadap perniagaan yang dijalankannya dengan sebuah kolej.

Chaka Fattah yang mewakili Pennsylvania selama dua dekad itu merupakan salah seorang penggubal undang-undang dalam Kongres.

Lebih 20 maut di Nepal

Lebih 20 maut di Nepal

Penduduk membawa mangsa yang cedera dalam kejadian tanah runtuh untuk menerima rawatan. - Foto AFP


KATHMANDU - NEPAL. Sekurang-kurangnya 28 orang maut dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di dua buah kampung di ibu negara Nepal, semalam.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Laxmi Dhakal berkata, kejadian tanah runtuh itu berlaku di kampung berhampiran bandar Pokhara, kira-kira 125 kilometer di barat Kathmandu selepas tengah malam.

"Sebanyak 22 rumah musnah. Usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dan pasukan penyelamat khuatir lebih ramai penduduk telah dihempap tanah runtuh," katanya.

Difahamkan, helikopter tentera dikerah ke tempat kejadian untuk usaha menyelamat. Namun, usaha membantu melalui jalan darat terganggu susulan tanah runtuh yang menghalang laluan jalan raya.

Dua gempa bumi kuat yang menggegarkan Nepal sejak April lalu, dipercayai membuatkan cerun di kawasan pergunungan di seluruh negara tidak stabil, sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh pada musim hujan. - AFP

Hukuman gantung kekal


Putrajaya: Mahkamah Rayuan di sini, semalam, mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap bekas pengawal keselamatan, La Ode Ardi Rasila yang bersalah membunuh pegawai bank, Norazita Abu Talib, tiga tahun lalu.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Aziah Ali dalam keputusan sebulat suara membuat keputusan itu selepas menolak rayuan La Orde.

Turut bersidang bersama Datuk Ahmadi Asnawi dan Datuk Abdul Rahman Sebli.

Mahkamah dalam keputusannya berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mensabitkan La Ode bersalah membunuh dan melakukan rompakan dengan melepaskan tembakan menggunakan senjata api dengan niat menyebabkan kematian Norazita.

Pada 14 Ogos tahun lalu, Hakim Datuk Akhtar Tahir menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap La Ode selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Mengikut pertuduhan, La Ode didakwa membunuh Norazita di dalam bangunan Am-Bank, nombor 5 & 7 Jalan Sentral 2, USJ Sentral, Subang Jaya, dekat sini di antara jam 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Dia turut didakwa melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan senjata api pump gun dengan niat menyebabkan kematian pegawai AmBank itu pada masa, tarikh dan tempat sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang turut membawa kepada hukuman mati.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 12:23 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67071#sthash.igclgpaB.dpuf

Bayi cacat digoncang

Petaling Jaya: “Saya melahirkan anak saya sempurna, namun kecewa disebabkan kejadian dia digoncang kuat oleh wanita (tertuduh) itu, dia kini cacat,” kata seorang ibu berusia 32 tahun di Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Kerani itu berkata demikian sambil menangis teresak-esak ketika memberikan keterangan impak mangsa (VIS) di depan Majistret Nazri Omran.
Menurut wanita yang mempunyai tiga anak itu, anak bongsunya mengalami sawan setiap malam dan mata kanannya rosak teruk akibat kejadian berkenaan.
“Akibat perbuatan tertuduh, anak saya takut dengan orang lain dan dunia luar serta menangis setiap malam. Malah, kami tidak boleh pergi ke mana-mana disebabkan perlakuannya itu,” katanya.
Terdahulu, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Nurul Shahidatul Afzan Zainal, 32, pemilik taska yang didapati bersalah menggoncang kuat seorang bayi perempuan berusia tiga bulan sehingga menyebabkan pendarahan dalam otak dan mata mangsa di pusat jagaan di USJ1/4P, di sini, tiga tahun lalu.
Nazri membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan memerintahkan hukuman bermula semalam.
Mahkamah memerintahkan tertuduh membayar pampasan RM40,000 kepada ibu atau bapa mangsa atau penjara 12 bulan lagi jika wanita itu gagal membayar denda.
Nurul Shahidatul yang memakai baju kurung biru dan bertudung hitam tenang di dalam kandang tertuduh sepanjang prosiding.
Mengikut pertuduhan dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 5.23 petang pada 24 Februari 2012.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda sehingga RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, peguam Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang mewakili tertuduh memohon mahkamah meringankan hukuman terhadap anak guamnya kerana wanita itu mempunyai rekod cemerlang tujuh tahun mengendalikan taska berikutan tiada kes jenayah.
“Anak guam saya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan memberikan kerjasama baik sepanjang perbicaraan,” katanya.
Mahkamah membenarkan permohonan tertuduh menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sehingga rayuan kes selesai namun menolak permohonan pelaksanaan bayaran pampasan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 12:30 PM

Nurul Shahidatul Afzan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas hukuman dijatuhkan.

Mayat wanita hilang ditemui

Jeli: Selasa lalu, Rudziah Shaufee, 50, dipercayai keluar rumah bersendirian sebelum ahli keluarganya membuat laporan polis semalam.
Hari ini, khabar duka diterima ahli keluarga wanita itu apabila mayatnya yang dalam keadaan reput ditemui di kuala Air Kepal, Sungai Pergau, di sini, 12.30 tengah hari tadi.
Sumber polis berkata, mayat ditemui penjala ikan yang melalui kawasan berkenaan sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
"Sepasukan anggota polis ke tempat kejadian dan menemui mayat berkenaan yang sudah reput.
"Berdasarkan pemeriksaan ke atas mayat itu, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia dua hari lalu.
"Mayat dihantar ke Hospital Jeli untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan termasuk kemungkinan mangsa mati dibunuh," katanya.
Harian Metro hari ini melaporkan seorang wanita hilang selepas dipercayai keluar rumah bersendirian di Kampung Batu Melintang, Jeli, Selasa lalu.
Berikutan itu ahli keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Melintang, di sini, kira-kira 3 petang, semalam
Kehilangannya disedari kanak-kanak yang ke rumahnya untuk mengaji al-Quran dan kemudian memaklumkan kepada saudara mangsa yang tinggal di kawasan berdekatan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 8:51 PM


Penjala ikan menunjukkan lokasi penemuan mayat Rudziah. FOTO Kamal Majid.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67164#sthash.pq3qDvUy.dpuf

Anggota polis cedera dihempap pokok

Bukit Beruntung: Penunggang motosikal yang juga anggota polis cedera selepas pokok getah tumbang dan menghempap mangsa di Jalan Sungai Choh - Bukit Beruntung petang tadi.
Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang ketika hujan lebat dan ribut melanda kawasan itu.
Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital dengan ambulans.
Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Shamsol Majidy Hassan berkata, bomba menerima panggilan jam 4.39 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
"Kita dimaklumkan kejadian pokok tumbang dan setibanya di lokasi kita dapati sebatang pokok getah merintangi jalan raya.
"Operasi mengalihkan pokok sudah dilakukan dan mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.9
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 7:09 PM


MANGSA cedera selepas dihempap pokok. FOTO ihsan Pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67155#sthash.riSxpuBc.dpuf

Geng Vios hunus parang

Subang Jaya: Hanya tempoh 30 saat diperlukan sekumpulan empat penjenayah ‘Geng Vios’ merompak sebuah restoran bersenjatakan parang panjang.
Dalam kejadian jam 2.29 pagi semalam, tindakan suspek merompak kedai terletak di SS14 di sini, sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis terbabit.
Pemilik restoran yang hanya mahu dikenali sebagai Lee, 35, berkata, kejadian berlaku ketika dia sedang duduk berborak bersama pekerjanya di hadapan premis.
Menurutnya, sebuah kereta Toyota Vios berwarna putih tiba-tiba berhenti mendadak berhampiran meja makannya.
“Tiga lelaki bersenjatakan parang meluru keluar sambil menghunuskan parang panjang sebelum mengejar kami.
“Akibat ketakutan, saya berlari ke dalam kedai bersama pekerja,” katanya.
Menurutnya, suspek bagaimanapun tidak mencederakannya sebaliknya terus meluru ke kaunter bayaran di restoran itu.
“Suspek mengambil wang jualan RM2,000. Malah, pekerja saya yang ketakutan dan bimbang dicederakan turut menyerahkan dompet duitnya kepada suspek.
“Suspek terus melarikan diri menaiki kereta dipandu seorang lagi suspek,” katanya.
Menurutnya, dua pelanggannya yang panik turut sempat melarikan diri dengan menaiki kereta yang diletakkan di hadapan kedai.
“Sebuah kereta peronda polis kebetulan melalui hadapan premis beberapa minit selepas suspek melarikan diri. Jika tidak mungkin suspek berjaya diberkas polis,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Subang Jaya di sini.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 10:36 AM


RENTETAN serangan perompak menggunakan parang yang dirakam CCTV.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67011#sthash.EZQvAkih.dpuf

Tragedi undur MPV

Kuantan: Budak lelaki berusia setahun maut selepas bapanya tidak sengaja melanggarnya ketika mengundurkan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Perajurit 7,Kompleks Perumahan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Taman Balok Perdana, di sini, 8 pagi tadi.
Mangsa, Azeem Iskandar Ridzdwan meninggal dunia selepas dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan(HTAA), di sini.
Pemangku Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Pahang Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, kejadian berlaku ketika bapa mangsa berusia 43 tahun yang juga anggota TLDM mahu mengundurkan MPV Proton Exora untuk ke tempat kerjanya.
"Ketika bapa mangsa mahu keluarkan MPV itu dari rumah, secara tiba-tiba dia melanggar sesuatu menyebabkannya memeriksa di bahagian belakang MPV terbabit.
"Bagaimanapun, dia terkejut objek yang dilanggar itu adalah anaknya sendiri sebelum bergegas membawa mangsa ke HTAA untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi, di sini.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 3:50 PM


Keadaan di luar bilik mayat HTAA Kuantan yang mana budak lelaki setahun, juga anak pegawai TLDM dibedah siasat selepas dianggar MPV dipandu bapanya. FOTO Syazwan Msar
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67128#sthash.JlNeuLst.dpuf

Penjara kerana serang polis dengan payudara


Hong Kong: Seorang wanita Hong Kong dijatuhi hukuman penjara tiga bulan setengah selepas mahkamah hari ini, mendapatinya bersalah menggunakan payudara untuk ‘menyerang’ pegawai polis ketika satu perhimpunan bantahan.
Ng Lai-ying, 30, yang mengambil bahagian dalam bantahan terhadap perniagaan merentas sempadan tanah besar China, pada Mac lalu, didapati bersalah menggunakan dadanya untuk melanggar lengan Ketua Inspektor Chan Ka-po ketika tunjuk perasaan di daerah Yuen Long/
South China Morning Post melaporkan, sebelum ini, Ng memberitahu mahkamah dia menjerit ‘serangan tidak senonoh’ kerana takut selepas tangan Chan mengenai payudara kirinya selepas polis itu gagal memegang tali beg wanita itu.
Chan mendakwa Ng melanggarnya dengan payudaranya.
“Jika saya tidak mengenakan hukuman tegas, orang ramai akan menganggap serangan terhadap polis ketika tunjuk perasaan bukan kesalahan serius,” kata Majistret Michael Chan.
Menurutnya, mahkamah mendapati Ng menggunakan identitinya sebagai wanita sebagai muslihat mendakwa pegawai polis itu mencabulnya.
Ng yang bekerja sebagai kerani diikat jamin sementara menunggu rayuan dan dia kelihatan terkejut selepas keluar dari mahkamah dengan puluhan penyokongnya menunggu.
Kemasukan jutaan pelancong China ke Hong Kong mendorong bantahan awal tahun ini oleh penduduk.
Hong Kong dibuka untuk pelancong China pada 2003 dalam usaha memulihkan ekonominya selepas wabak penyakit pernafasan SARS, membolehkan penduduk tanah besar China datang sebagai pelancong individu, bukannya melalui lawatan berkumpulan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Julai 2015 @ 9:43 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67169#sthash.nyEqkt1R.dpuf