Wanita berusia sekitar 20-an itu ditembak ketika kenderaan pacuan empat roda Toyota Land Cruiser yang dinaiki bersama seorang ahli perniagaan tempatan berhenti di tepi jalan kira-kira pukul 5.45 petang kerana lelaki itu menjawab satu panggilan telefon.
Ahli perniagaan terlibat ba­gai­manapun tidak mengalami kece­deraan. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, semasa tembakan berlaku, pemandu sebuah kereta Toyata Vios yang berada di belakang kenderaan mangsa terkejut lalu bertindak melanggar motosikal yang dinaiki kedua-dua suspek.
Bagaimanapun kata beliau, ha­nya salah seorang suspek terjatuh namun berjaya bangun dan melarikan diri.
“Siasatan awal mendapati, ke­jadian dipercayai bermotifkan den­­dam dan mangsa seterusnya dikejarkan ke Hospital Pakar KPJ Damansara sebelum ditukarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut.