Search This Blog

Tuesday, June 9, 2015

Supermodel buat kecoh dalam pesawat



KATE MOSS


LONDON – Seorang supermodel British, Kate Moss te­lah diiring turun daripada sebuah pesawat di Lapangan Terbang London kelmarin ke­rana menimbulkan gangguan, lapor agensi berita Perbadanan Penyiaran British (BBC).
Tanpa mengenal pasti identiti individu tersebut, polis berkata, mereka telah mengarahkan kakitangan mengiringi seorang penumpang turun daripada pesawat kerana didakwa telah menimbulkan kekecohan.
“Pihak berkuasa hadir dan mengiringi penum­pang tersebut dari pesawat. Tiada dakwaan rasmi dibuat terhadapnya dan dia tidak ditahan,” ujar Jurucakap Polis Bedfordshire.
Pesawat tambang murah easyJet tersebut tiba di Lapangan Terbang Luton, London dari Bodrum di Turki pada tengah hari kelmarin.
Sementara itu, jurucakap wanita kepada easyJet mengesahkan polis telah menyerbu pesawat ketika ia mendarat ekoran kelakuan seorang penumpang di atas kapal terbang tersebut.
Moss, 41, merupakan salah seorang daripada model paling dikenali di dunia selepas kemunculannya sejak remaja kerana sering menghiasi kulit majalah Vogue dan menggayakan jenama seperti Calvin Klein dan Chanel. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0609&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3cVimlHEO 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment