Search This Blog

Thursday, June 25, 2015

Rampasan dadah RM4.2 juta



WAN HASSAN (dua dari kiri) menunjukkan sebahagian dadah jenis syabu bernilai RM4.2 juta yang dirampas daripada dua suspek pada sidang akhbar di Nibong Tebal semalam.


SEBERANG PERAI – Kegiatan memindahkan dua buah beg pakaian dari sebuah kereta ke kereta lain dalam keadaan mencurigakan berdekatan sebuah nurseri di Jalan Paboi, Bukit Tambun, Nibong Tebal di sini kelmarin membongkar satu sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini bernilai RM4.2 juta.
Dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 pagi oleh anggota Balai Polis Bukit Tambun dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) itu, polis berjaya menahan dua lelaki iaitu warga tempatan berketurunan Cina berusia 52 tahun dan warga Indonesia berusia 39 tahun.
Turut dirampas daripada mereka ialah 40 bungkusan dipercayai dadah jenis syabu seberat 42 kilogram (kg) bernilai RM4.2 juta dari but salah sebuah kereta berkenaan sekali gus menjadikannya rampasan terbesar di Pulau Pinang sepanjang tahun ini.
Ketua Polis Daerah SPS, Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata, intipan pihaknya mendapati kedua-dua suspek cuba memindahkan dua beg berkenaan dari but kereta jenis Toyota Harrier yang dipandu lelaki tempatan itu ke but kereta jenis Mercedes Benz E240 yang dipandu warga Indonesia.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0625&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3e1TMY5TN 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment