Timbalan Menteri Pelancongan, Kim Chong berkata, kerugian itu disumbangkan tindakan lebih 100,000 pelancong asing terutamanya dari China yang memba­talkan perjalanan ke negara ini sejak awal bulan ini.
“Kami menjangkakan, lebih ramai pelancong akan membatalkan perjalanan ke Korea Selatan.
“Pertambahan matawang a­sing juga diramal susut sebanyak AS$900 juta (RM3.38 bilion) jika kemasukan pelancong asing menurun sebanyak 20 peratus,” ujarnya.
Menurut Chong, negara akan mengalami kerugian sebanyak RM8.63 bilion jika bilangan pelancong ke Korea Selatan merosot sebanyak 50 peratus terutamanya menjelang kemuncak musim me­lancong pada bulan depan dan Ogos.
Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan memperuntukkan dana sejumlah AS$64 juta (RM240 juta) bagi membantu sektor pelancongan menghadapi krisis berkenaan.
Seoul hari ini mengesahkan lima lagi individu dijangkiti MERS-CoV, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 150.
Dalam pada itu, ribuan sekolah yang ditutup di Korea Selatan disebabkan penularan wabak tersebut, dibuka semula hari ini.
Sekurang-kurangnya 440 sekolah masih ditutup berbanding Jumaat lepas, iaitu 2,900 sekolah.
Sementara itu, pegawai kesihatan Phuket mengambil langkah berjaga-jaga sejak minggu lalu mengenal pasti pelancong yang disyaki membawa wabak MERS-CoV ke pulau tersebut dari Korea Selatan dan Asia Barat, dua negara yang dikenal pasti sebagai tempat wabak berkenaan menular.
Ketua Pertubuhan Kesihatan Wilayah Phuket, Kajohnsak Kaewjarus berkata, mereka menerima arahan daripada Kementerian Kesihatan di Bangkok supaya berjaga-jaga tentang penularan virus itu. – AFP